Bunga Burung | Pernah dengar bunga yang menyerupai bentuk burung?


Assalamualaikum. Hari ini 01.01.2018. Permulaan tahun baru. Moga kita lebih semangat dalam menjalani hari-hari mendatang. Hari ni juga Cik Rose kerja macam biasa. Cuaca sejuk je hari ni sebab hujan sepanjang hari. 

Alhamdulillah. Dua tiga hari ni Cik Rose selalu pedih ulu hati. Sakit terutamanya selepas makan. Nak kena urut-urut sikit bagi sendawa. 

Ok, hari ni Cik Rose nak cerita tentang Mini Garden Cik Rose. Kalau sebelum ni Cik Rose cerita tentang bunga Daisy, bunga Ros, kali ni Cik Rose nak cerita tentang bunga Burung. 

Cik Rose baru pertama kali tengok masa di rumah mak mertua. Masa nak balik Johor haritu, mak mertua Cik Rose ada bagi sepokok. Kecil je. Setelah hampir sebulan Cik Rose jaga, inilah hasilnya. Alhamdulillah. Makin meriah bunganya. Cik Rose bagi baja baik punya. Hikhik.


Cantik tak? Nanti nak kena salin ke pasu lebih besar ni. 


Seronok Cik Rose melayan hobi sendiri. Tenang je fikiran. Mata pun segar je melihat kehijauan daun dan kesegaran bunga. Takdelah stress kan. 

Cik Rose akui bukan mudah nak melawan stress. Stress ni ada pelbagai punca tau. Setiap dari kita tak sama. Cuma, kenalah pandai kawal emosi sendiri. Fikir sebaik-baiknya.


Ada masa terluang tu jangan di sia-siakan. Korang buatlah perkara yang berfaedah dan perkara yang boleh membuat korang happy. 



Cik Rose ni dah jadi rutin, setiap pagi dan petang akan jenguk dulu Mini Garden ni. Hihi. Cik Rose juga dah tetapkan waktu untuk gembur tanah dan letak baja. 


Nak tahu kenapa pokok ni dipanggil pokok burung? Sebab bunganya memang menyerupai bentuk burung! Nanti Cik Rose kongsikan gambar dekat bunganya ya. 

Ok, itu sahaja untuk kali ni. 

Eh korang ada azam ke. Ke carry forward azam last year?. Tak kisahlah miliki azam atau tidak, moga korang berjaya mencapai impian atau target korang. Cik Rose punya impian tersendiri. Nanti Cik Rose kongsikan dengan lebih detail di entry yang lain. 

Selamat malam!


Post a Comment

3 Comments

  1. Cantik...pernah nampak masa PC pergi majlis kahwin...tapi tak tahu apa namanya...

    ReplyDelete
  2. azam tahun ni banyak. haha. xtahu lah boleh capai ke x. cantik bunga burung tuu

    ReplyDelete
  3. First time akak dengan pasal bunga burung...rajin rose

    ReplyDelete