Assalamualaikum. Terasa nak berkongsi ilmu di blog sendiri. Sebagai panduam untuk diri sendiri dan pembaca-pembaca blog Cik Rose. Jadi, Cik Rose wujudkan tajuk ‘Jom Belajar’mulai hari ini. Tak salah berkongsi ilmu, setidaknya ada manfaat kuga perkongsian Cik Rose ni.
Hari ini Cik Rose mulakan dengan Solat. Buat yang dah tahu, kiranya perkongsian Cik Rose ni boleh refresh balik ingatan kita kan. Sama-sama belajar.
Hari ini Cik Rose mulakan dengan Solat. Buat yang dah tahu, kiranya perkongsian Cik Rose ni boleh refresh balik ingatan kita kan. Sama-sama belajar.
Rukun Solat
Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
- Orang Islam.
- Menghadap arah Kiblat
- Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
- Akil baligh
- Melihat atau mendengar.
- Jaga (tidak tidur)
- Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:
- Sesudah masuk waktu sembahyang.
- Menghadap ke arah Kiblat.
- Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
- Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
- Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
- BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
- NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
- TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
- MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
- RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
- IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
- SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
- DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
- DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
- MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
- MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
- MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
- TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
- Batal Wuduk.
- Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
- Terbuka Aurat.
- Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
- Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
- Tertawa Terbahak-bahak.
- Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
- Berubah Niat.
- Mendahulu Imam sampai dua rukun.
- Meninggalkan rukun Sembahyang.
Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/
Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Moga perkongsian ini membawa kebaikan untuk kita semua.
4 Comments
nice sharing rose :)
ReplyDeleteperkongsian yg sgt berguna.
ReplyDeleteilmu
perkara asas gini kena ulangkaji jugak kan.
ReplyDeletekekadang dlm tak sedar, pe yg kita buat tu sebenarnya salah!
Allahu Rabbi...
Nice sharing rose
ReplyDelete