Assalamualaikum. Selamat malam! Minggu lepas Cik Rose ada ternampak satu perkongsian di instagram oleh rakan blogger berkenaan Mini tees. Eh comelnya! Buat lekat di kereta ke atau di cermin ke kan. Bila tengok dari Printcious, eh baru Cik Rose teringat. Cik Rose ada satu voucher yang belum digunakan, can tarikh luputnya adalah 31 Disember 2017. Haruslah Cik Rose tebus cepat-cepat kan.
Maka, Cik Rose pun buka website Printcious. Pilih punya pilih, Cik Rose mulanya berkenan dengan mini tees warna purple. Dah nak klik dah masa tu, sekali ternampak yang corak Kedah. Emmm tukar pilihan. Terus pilih Kedah.
Comelnya lahai mini tees ni. Puas hati Cik Rose dengan kualiti kain dan warnanya. Terang tau dan bukan kelam. Cuba tengok macam kat bawah ni. Dek kerana nak cepat ambil gambar, Cik Rose lekat di almari. Nak lekat di kereta, tak kuasa nak turun tangga. Hihi. Maklumlah duduk kuarters.
Biar Jasa Jadi Kenangan.
Ada banyak pilihan yang ada. Ada kata-kata motivasi, ada gambar, untuk bola sepak pun ada macam-macam negeri. Korang pilih sahaja yang mana berkenan. Kalau nak lagi menarik, korang boleh design sendiri. Ha ikut citarasa masing-masing.
Bukan mini tees je yang ada, malah ada bantal, mug, dan lain-lain. Korang kenalah terjah website www.printcious.com
Selamat mencuci mata dan poket. Eh!
5 Comments
Cik en pon suka dengan design ni.. lawooo
ReplyDeleteComelnya la hai. Emi pun jenis yg suka benda cenderahati mcm ni
ReplyDeleteComelnya baju tu, harga berapa hat baju comel ni
ReplyDeleteComel sangat..ni lau buat gift pun ok gak
ReplyDeleteAkak ada beli juga mini tees ji mase preggy kan ank no 3.akak beli kaler hijau n pink
ReplyDelete