SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA


Assalamualaikum. Cik Rose dah terjebak dengan drama Kekasih Paksa Rela. Semuanya gara-gara gaya lakonan Remy Ishak. Masa tengok preview, macam biasa-biasa je. Bila dah tengok episod pertama, eh macam best. Watak Am (Remy Ishak) ala-ala arrogant gitu. Pak Cik Bos! hihi. 

Terus melekat je tengok setiap hari. Korang tengok tak? Ke tak layan drama bersiri. Hihihi. Cik Rose layan je kalau kena dengan cerita dan pelakon. 



SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA
Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami?


Pelakon : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Hazman Al-idrus, Azhar Amir, Fatin Afeefa



Post a Comment

2 Comments