Resepi Kuih Cara Manis yang senang dan sedap. | Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni Cik Rose nak kongsikan resepi kuih cara manis yang sangat senang untuk dibuat dan sedap untuk di makan. wahhh ayat. hihi.

Sebenarnya bukan Cik Rose yang buat ni. Hihi Kenalah mengaku kan. Ini air tangan suami. Kitorang siap pergi beli acuannya di Cowboy. Balik tu, terus suami buatkan. Cik Rose tengok je, dah siap terus makan. Nyum nyum.


Di sini Cik Rose kongsikan resepinya. Sekali tengok, memang mudah, tapi Cik Rose belum cuba buat sendiri. 

BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan tepung gandum 
3 cawan santan kelapa
2 biji telur 
3 helai daun pandan - letak 1 sudu kecil perisa pandan 
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula pasir secukupnya( sebagai inti )
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak (untuk lenser acuan )


CARA –CARA


1. Cuci daun pandan dan potong kecil. Kisar bersama santan, kemudian tapis. Campurkan dengan tepung gandum, pewarna hijau, telur, sedikit garam dan kacau rata. Boleh kacau rata hingga sebati dengan menggunakan whisk atau blender sahaja.



2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api . Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang disimpul). 



3. Isi adunan tadi dalam bekas. Kitorang guna jug plastik yang kecil je, senang nak tuang.Tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 sudu). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.


4. Berhati-hati masa keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.



Tugas Cik Rose senang je petang tu. Tukang rasa, tukang ambil gambar. hihi. 

Selamat mencuba!