Assalamualaikum. Cerita hari lahir. 28 Januari merupakan hari ulangtahun kelahiran emak Cik Rose. Alhamdulillah. Moga emak diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.
Kepulangan Cik Rose ke kampung minggu lepas mempunyai satu tujuan. Memberi kejutan buat emak, untuk meraikan hari ulangtahun kelahirannya. Cik Rose balik kampung naik bas pada malam Jumaat. Sampai di kampung pada pagi Jumaat.
Idea untuk menyambut ulangtahun kelahiran datang dari kakak Cik Rose, iaitu Kakyang. Kakyang mencari idea sambutan kali ni dengan menempah kek dan tempat makan. Thank you Kakyang.
Petang Ahad, 28 Januari 2018.
Kami bergerak menuju ke The Anchor Barbershop & Cafe Sungai Petani.
Kami berpecah. Kakyang, Cik Rose dan adik lelaki, Syafiq gerak dulu. Pergi ambil kek dan menuju ke cafe untuk memastikan persiapan berjalan lancar. Setelah itu, abang bawa satu kereta, bersama mak dan ayah. Manakala, kakak sulung Cik Rose, Along pula bawa satu kereta dengan anak-anaknya dan anak-anak Kakyang.
Sesampainya kami, wahhhh terpegun Cik Rose. Hihi. Pandai Kakyang request tema warna merah hitam. Di setiap kerusi ada belon lagi. Di meja pula ada lilin kecil dan kelopak bunga Ros.. Romantik! Hihi.
Aduh duh.. Sukanya Cik Rose suasana macam ni. Meja dihiasi juga dengan kad ucapan buat emak.
Inilah kek hari lahir untuk emak. Kek 2018 katanya. Kek monogram. Sedap, pilihan kami adalah kek coklat. Dihiasi krim dengan coklat ferrero rocher, kinder bueno, buah strawberry dan bunga Daisy merah fresh. Tiba-tiba teringat akan mini garden cik Rose. Hikhik.
Sedap kek ni.. kek coklat. Harganya adalah RM180. (Sungai Petani). Ramai bakers yang dah mengambil tempahan kek macam ni kan. Kalau di instagram, korang boleh tengok do hashtag monogram cake. Aduhhh cantik-cantik keknya tau. #monogramcake
Emak dan ayah. Mak tersenyum di samping ayah.
Happy birthday Emak yang ke 55 tahun!
Alhamdulillah. Kali ni, satu family ada. Anak-anak dan cucu-cucu semua ada. Cuma menantu je tak ada.. Kekangan tugas...
Macam biasa, sebelum makan bergambar dulu. Yeayy..
This one for me. Maklumlah pencinta strawberry.. Rasa nak tanam strawberry pulak lepas ni. Serius, ex boss Cik Rose dah tanam dan dah rasa hasilnya. Nyum nyum.
Iced mocha. All time favourite.
Mushroom soup ni sedap sangat.. Makan pulak dengan garlic bread!
Ni mix platter. Cik Rose share dengan adik. Ada chicken, lamb, spagethi blognese, sosej.
Lain-lain menu yang kitorang pilih :
Yang Cik Rose pegang tu, Rose fresh.
Smile.. kitorang memang suka bergambar. Hikhik.
Jom makan dulu.
Hadiah buat mak sayang...
Alhamdulillah, dapat peluang meraikan. Bukan selalu, namun kali ini amat bermakna. Anak-anak dah besar dan ada yang tinggal berjauhan. Bukan hari-hari dapat bersama. Namun kasih sayang antara semua tu yang penting. Moga kita semakin rapat antara adik beradik. Arghhhh touching pulak Cik Rose.
Untuk mak,
28 Januari datang lagi.
Selamat ulangtahun kelahiran mak.
Moga mak diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Moga dipermudahkan jalan menuju kebaikan.
Terima kasih mak untuk semuanya ❤️
14 Comments
selamat hari lahir tuk mak cik ros... semoga diberkati dan dikurniakan syurga abadi...
ReplyDeleteEmak terharu tak? Hehe nanti macam nak buat surprise birthday dekat mak dgn ayah jugak la
ReplyDeleteselamat hari lahir mak ros..semoga iberikan kesihtan dan dimurahkan rezeki selalu..amin
ReplyDeleteHappy belated day tuk mak rose!! sweet sangat dapat raikan birthday sama-sama camtu kan
ReplyDeleteSelamat hari lahir makcik.moga dipjgkan umur murah rezeki...dan sentiasa bahagia disamping org2 tersayang
ReplyDeleteMoment tuu yg mahal kan? Kek monogram mmg tgh in skrg ni..happy nmpk semua adik beradik & emak..happy belated birthday ye!
ReplyDeletecantik kek tu..cake manogram eh namanya
ReplyDeletenti boleh lah buat tuk mak k.el plak
semoga dipermudahkan dan mendapat keberkatan kedua ibu bapa cik rose amin
Mesti happy dapat surprise birthday. Pastu sambut dengan org tersayang
ReplyDeleteHappy belated birhday buat mak rose. Bestnya tgk sambutan hati lahir mak rose.cantik dekorasinya.. Kek pun cantik.. Syg pulak nak makan
ReplyDeleteHappy bornday makkkk.. hihi.. sesekali surpeise mak best juga
ReplyDeleteWahhh untungnya mak, siap ada suprise birthday special. birthday mak iday februari ni. Tak plan lagi nak buat ape. hahaha
ReplyDeleteSelamat hari lahir kepada mak ros..wah nmpk meriah..kek tu nampak sedap
ReplyDeleteAlahai.. rsa tertouching pulak baca ni. Semalam besday abh kita. Tak dpt nk sambut. Tunggu nti balik ipoh la, beli kek suh abh potong. Hihi
ReplyDeleteHappy besday tuk mak cik rose. Muda lg mak cik rose. Hihi
Semoga diberikan kesihatan yang baik.
meriah nya..happy beltated birthday mak cik :-)
ReplyDelete