Breaking

Monday, 12 February 2018

HAEL HUSAINI | Abang Jampi menang Anugerah Juara Lagu ke 32

Assalamualaikum. Hari ni nak bercerita tentang Juara Lagu ke 32. Sejujurnya, Cik Rose tak tahu pun tarikh finalnya adala malam tadi, 11 Februari 2018. Lepas tengok di facebook, baru tahu. Entah kenapa tahun ni agak ketinggalan keretapi. hikhik.

Tahniah buat Hael Husaini ataupun Abang Jampi. hihi. Menang tempat pertama Anugerah Juara Lagu. Memang berhantu lagu tu, semua yang dengar bagai dijampi gitu. Cik Rose sendiri suka dengan lagu tu. Sebelum ni ada juga kongsikan Lirik Lagu Jampi, korang boleh cari di tab menu MUSIC atas sekali. 


Tengok Anugerah Juara Lagu malam tadi, ada juga yang terlepas. Tak fokus pulak menonton, ade je pekerjaan sendiri kan. Bab pengacara, Cik Rose suka cara pengacaraan Alif Satar. Tak boring dan tak melalut. Ok lah :)

Cik Rose pun tahu kenapa malam tadi over sensitif. Tengok Ara nyanyi nangis. Tengok Hael, sebak. Tengok Ernie zakri sebak. Tengok Haqiem Rusli, sedih. Hahaha. Cuma ada yang best, ada yang kurang sikit. Ni pendapat Cik Rose jer. Korang jangan kecam. Ada beberapa persembahan yang Cik Rose tak tengok. Oppss sebab lagu kurang di jiwa kot. 

Bab Persembahan sementara menunggu keputusan, best. Layan Pop Yeh Yeh. 

Secara keseluruhan, Cik Rose berpuas hati dengan keputusan malam tadi, tahniah buat semua pemenang. 

Juara Lagu : Jampi - Hael Husaini
Tempat Kedua : Sejati - Azmi Caliph Basker
Tempat ketiga : Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Vokal terbaik : Ernie Zakri dan Syamel
Persembahan terbaik - Altimet ( Amboi)


4 comments:

  1. tahniah jampi :)

    jemput baca & komen:https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html

    ReplyDelete
  2. tahniah bt hael..
    mmg suke lagu ni
    tapi suke lgi syamel dgn ernie

    ReplyDelete
  3. minat lagu hael ni. menarik lirik nyer.

    ReplyDelete