Saturday, February 03, 2018

Guna baja yang betul untuk pokok berbunga dengan banyak dan segar


Assalamualaikum. Cerita mini garden Cik Rose hari ni. Saja nak menulis, buat kenangan sendiri dan panduan juga. 

Hari tu Cik Rose ada share bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose melalui facebook. Dan ada beberapa rakan yang tanya tentang penggunaan baja. Baja apa yang Cik Rose guna untuk pokok-pokok Cik Rose ni. 

Untuk makluman, Cik Rose ada pokok bunga Orkid, Bunga Ros, Bunga Daisy dan beberapa jenis pokok yang lain.  

Di sini, Cik Rose kongsikan gambar baja-baja tu. Bolej dijadikan panduan Cik Rose di masa hadapan. Juga untuk semua pembaca blog ni. Mana tahu ada yang mencari kan. 

Suka Cik Rose ingatkan di sini bahawa pokok-pokok Cik Rose bukanlah segar sepanjang masa. Ada juga masa turun naiknya. Ada juga time dia lebat berbunga dan waktu sakit dia. Nak berkebun ni kena sentiasa mencuba. Berani bereksperimen. Try and error orang cakap. 

Itulah yang Cik Rose lakukan sejak 4 bulan serius dalam arena bunga ni. Ehh macam tak kena penggunaan ayat ni. Hihihi. 

Cik Rose sendiri banyak tanya pada mak, tanya pada teman baik, orang nursery dan pakcik google. Hihi. Pakcik Google tu sedia menjawab 24 jam! 

Ok, kita mulakan dengan baja untuk Pokok Orkid ya. Tertulis di astil tu baja organik. By Agro Biosol. Bentuk baja tu silinder kecil. Maaf, tak dapat nak beritahu harganya berapa. Sebab pemberian dari emak. Emak tak cakap berapa ringgit. 


Baja ni special. Sebab datang jauh dari Kedah. Kiriman dari mak. Terima kasih mak. Memang bagus baja ni tau. Subur je daun-daun orkid. Sukatannya hanya satu sudu kecil untuk satu pasu. Cik Rose letak seminggu sekali. Tapi, bila dah berbunga, dah tak payah letak dah baja. 

The best part is, bunga orkid ni tahan lama tau. Berbulan lamanya segar sebelum ia layu. Jadi, jomlah kita jaga pokok bunga orkid. Nak jaga pun mudah, tak semsitif sangat. Janji air cukup, pengcahayaan minimum dan baja yang baik. Dah menjadi! 

Gambaran bunga orkid Cik Rose di rumah. Ada 7 pokok setakat ni. Alhamdulillah, 4 pasu sedang berbunga. 1 pasu baru nak tumbuh pucuk bunga dan lagi 2 pasu dalam proses ‘berehat’. Hihi. 


Baru perasan yang kebanyakkan bunga orkid ni berwarna ungu. My favourite colour!


Ok, baja seterusnya adalah untuk kesuburan pokok. 


Sepaket ni RM10. Tekstur dia macam serbuk kopi. Cara penggunaannya adalah dengan mencampurkan baja ni dengan campuran tanah dalam pasu kita tu. Letaklah satu atau dua sudu dalam tanah kita tu. Cik Rose tak tahu namanya apa. 

Tapi, orang dekat nursery tu yang cadangkan buat Cik Rose. Best baja ni nak tahu kenapa? Selain dari campur di tanah, lepas beberapa minggu, Cik Rose ada juga letak satu sudu di sekeliling pasu. Hasilnya? Daun segar hijau dan banyak pertumbuhan daun baru. Alhamdulillah. 

Ok, baja ketiga adalah baja untuk menggalakkan pertumbuhan bunga.


Sepaket ni RM4.90. Banyak kandungan baja ni, nampak je kecil. Bulat-bulat kecil bentuknya. Baja ni Cik Rose letak pada bunga Daisy dan bunga Ros. Hasilnya? Bunga lebat tumbuh. Sukanya! 

Tengok gambar bunga Daisy kat bawah ni. Cik Rose fokus pada pucuk bunga yang baru nak tumbuh tu. Korang perasan tak? 


Cik Rose ada 7 pasu pokok bunga Daisy. 


Pokok burung ni pun Cik Rose ada letak baja. Tengoklah semakin membesar dengan jayanya. Nanti nak salin ke pasu lebih besar. 


Ok, baja seterusnya adalah baja bunga. 


Baja ni mesti ramai yang dah tahu. Familiar kan. Baja ni Cik Rose selang-selang dengan baja bunga yang warna hitam tu. Jangan pulak korang letak serentak. 

Ok kalau dah beli baja yang terbaik untuk pokok, jangan kita lupakan satu benda yang amat penting! 




Pembasmi serangga. 

Yeayyy. Teman baik Cik Rose yang kenalkan ni. Sebotol RM 20. Bukan apa, pokok Cik Rose selalu diserang kulat putih tu. Yang duduk belakang daun kita tu. Kalau tak dihapuskan, rosak pula pokok kita tu. 

Jangan sembur banyak-banyak pula ya. Agak-agak je. Memang berkesan tau! 

Jomlah libatkan diri dengan berkebun. Macam Cik Rose ni sibukkan diri dengan bunga-bunga. Best, selain ianya satu hobi, boleh juga dijadikan sebagai terapi diri. Sesekali layan perasaan.hihi. 

Ok itu sahaja infonya. Moga bermanfaat buat semula. 

11 comments:

  1. Bagusnya cik rose suka tanam pokok bunga. Kalau emi yg tanam mahunya tak hidup, kekeke

    ReplyDelete
  2. Geram tgok bunga2 cik rose..sihat2 semua..thanks sharing tip membaja hihi

    ReplyDelete
  3. Seronok bab tanam2 bunga ni.. Kat rumah abh zaza je rajin tanam.. Hehe.. Bab baja mmg kena cari yg sesuai jgk..

    ReplyDelete
  4. Bestnyr kan..terapi mata dan minda

    ReplyDelete
  5. Banyak juga ye baja yang digunakan. Akak fikir baja ni satu jenis je bantai lah bubuh janji pokok hidup. Rupanya banyak jenis dan fungsi

    ReplyDelete
  6. elok betul pokok bunga cik rose ni. Macam berminat sebab nak bagi dekat mak hehe

    ReplyDelete
  7. Mmg seronok tanam pokok2 ni.. saya pun klu berkelapangan suka juga sbb selain mcm riadah, sekurang2nya terhibur bila tengok pokok2 kemas apatah lagi bila subur dan berbunga.

    ReplyDelete
  8. assalam Ros..lama x singgah sini...woww pokok2nya tunbuh segar..kena cari abaja yg sesuai dan kena jaga dgn rapi jgk eh..lawa semuanya

    ReplyDelete
  9. ehh geram tengok pokok bunga rose.. mini garden akak baru nak hidup semula hehehe

    ReplyDelete
  10. thanks for the share...subur betul orkidnya....makin cantik pokok burung tu...kalau ada djual di nursery, teringin juga nk bli....racun tu cik rose beli kt nursery juga ke? rietta hadapi masalah yang sama pada pokok cili, dah beberapa kali tukar racun serangga, bukan sebab serangga xmati, tapi sebab dengan pokok sekali mati....

    ReplyDelete
  11. Lepas ni boleh try cari baja ni juga untuk tanaman kat rumah mi

    ReplyDelete