Assalamualaikum. Jawab salam dulu. Lepas tu jawab soalan Cik Rose pada tajuk entry ni. Hahahah.. Korang suka tak pergi IKEA? Kalau pergi IKEA tu korang beli apa je? Memang dah set nak beli barang apa atau sekadar nak window shopping? Jawab jangan tak jawab... ke sebab meatball IKEA tu.
Cerita Cik Rose dengan IKEA tak berapa nak mesra. Sebab memang jarang ke IKEA. Dek kerana jarak memisahkan kami. Hihi. Pertama kali ke IKEA Damansara pada tahun 2014. Itupun sebab ada kursus di Putrajaya. Jadi, masa tu singgah ke IKEA dengan kawan-kawan sekadar berjalan. Tak banyak membeli pun sebab pergi redah je kan. Tak plan pun masa tu.
Masa tu Cik Rose beli beberapa barang je. Itupun barang yang murah-murah. Hihi. Cik Rose beli belas letak plastik, frame gambar putih, berus tandas dan tempat letak sudu/ garpu/pisau. Hihi kelakar pula rasa. Pergi jauh-jauh itu je yang dibawa balik. Ops lupa pensil comel IKEA. Hihi. Cuba tengok gambar di bawah ni, cuma berus tandas ke yang tak ada gambar.. hilang dari radar. Hihihi.
Korang tahu kan selain di Damansara dan Cheras, sekarang di Johor pun dah ada IKEA. IKEA Tebrau. Dah berapa lama buka, baru Cik Rose berkesempatan nak melawat kawasan. Lambat pula YB Rose ni tau. Hihi. Memulakan perjalanan dari Batu Pahat menuju ke Johor Bahru. Pergi waktu malam dan pada hari berkerja. Best sebab tak sesak jalan dan parking banyak. Kitorang dapat parking berhampiran pintu masuk. Tak payah pusing-pusing cari parking. Hihi.
Sesampainya kami di sana, jalan-jalan je dalam tu tanpa arah tujuan. Sebab memang tak ada senarai nak membeli pun. Sekadar nak jalan-jalan tengok je. Suami Cik Rose siap cakap kat Cik Rose, apa yang best IKEA ni? Hihi, nampak yang dia tak minat berjalan macam ni.
Kawasannya luas dan teratur. Cumanya Cik Rose jadi macam lost pula dalam tu. Hahah. Melalui banyak pintu dan tangga yang mengelirukan. Hikhik.
Nampak kuali nak kuali. Padahal kat rumah dah banyak kuali. Nampak pisau nak pisau pulak. Eh eh eh, naluri wanita sangat ni! Jalan lagi, sekali nampak bekas tipuware, nampak tisu... eh eh eh.. apa harus kulakukan. Nasib baik diberi kesedaran oleh partner, terus tak jadi ambil. Lamunanku terhenti konsepnya!
Part yang best bila tengok pasu berwarna -warni. Mulalah teringat mini garden Cik Rose kat rumah tu. Rasa nak beli je alatan berkebunlah apalah. Dek kerana tak bawa troli, jadi niat tu segera dipadamkan. Namun, sempat jugak ambil bekas siram bunga ni. Lawanya purple colour! Hikhik.
Tengok-tengok bahagian kerusi, meja, almari pula. Cantik dengan harga yang berpatutan. Tapi , tak beli pun sebab kitorang duduk kuarters dah complete dengan perabot. Beli pun rugi nanti tak ada space nak letak.
Setibanya berhampiran kaunter, Cik Rose tak percaya yang diri ini bisa mengawal nafsu membeli-belah. Hihi. Sedar ke tidak aku ni. Biar betul. Selalu kiri kanan tangan ada barang. Ni ada satu ja, eh tak boleh jadi ni.
Ada pula beberapa rak besar berhampiran cashier, Cik Rose pun belek-belek. Sekali berkenan dengan mug hijau. Ambil dua biji.
Dan sempat juga ambil cawan dan mangkuk plastik colourful. Yang pernah ke IKEA mesti ada beli kan?
Sekian cerita di IKEA. Masuk IKEA pukul 8.30 malam macam tu, berjaya keluar dari IKEA jam 9 lebih. Sekejap je. Jumpa jalan keluar dengan mudah, tak macam masuk MrDIY, tak jumpa jalan keluar satu hal, kiri kanan tangan penuh barang. Hihi.. syok aih masuk MrDIY. Total perbelanjaan di IKEA Tebrau hanya RM21.50. Pencapaian terbesar Cik Rose dalam mengawal perbelanjaan.
Ulang pergi IKEA? Entah ek, macam tak ada apa sangat yang nak di beli.. Mungkin untuk jalan-jalan, YES.
11 Comments
bestnya g ikea..:)
ReplyDeletetak pernah lagi jejak kaki ke ikea
ReplyDeletetak suka masuk ikea. rambang mata. hahahhhaa
ReplyDeleteTB pun suka pi IKEA.. dah lama tak pi dah sejak mengandung tahun lepas.. setahun dah berlalu..huhu.. tb ada beli gak brg mcm farhanna beli tu.. mcm tempat plastik2 tu.. cawan kaca tu.. mangkuk warn warni tu pun.. heee.. selain tu tb beli bateri ikea...hahaha..murahh.. tong sampah ikea hehehe
ReplyDeleteSiapa yang tak suka pergi IKEA Rose oiii...Masuk IKEA meroyan jafinya.semua brg nak beli tau
ReplyDeleteDulu2 suka pi ikea. skrg dah malas sbb once dah masuk nak kena pusing smpai habis. Penat oiii hahahah
ReplyDeleteiolls pegi ikea sbb nak makan je. hahaha
ReplyDeleteray kalau pegi ikea nak makan je hehe
ReplyDeleteikea ini barang2nya memang lawa sngat2 , jemput singgah ke vitaminwawa.com , sekian " terima kasih " ...
ReplyDeleteayu kalau ke ikea kompom makan meatball..
ReplyDeletemmg kadang g sane sbb nak makan bnd tu je
pastu beli plastik ziplock tu
aida suka cuci mata kat ikea.
ReplyDeletetebrau lom pernah gi.
cheras jer la. dekat dgn umah kakak.
byk nak membeli kat sana :) ha ha ha
just duit aje lom byk.
ikea ni more to brg praktikal. nice and easy.
perabot nyer, aida x la minat sgt.
mahal...