Breaking

Saturday, 31 March 2018

Burung Serindit -Melayan Hobi Suami



Burung Serindit -Melayan Hobi Suami. Assalamualaikum. Burung Serindit. Korang pernah tengok tak macam mana rupa Burung Serindit? Cik Rose tunjukkan seperti di bawah ya.


Sebelum Cik Rose cerita dengan lebih lanjut tentang hobi suami  ni, jom kita mengenal Burung Serindit dulu.

Sumber : wikipedia

Serindit melayu atau dalam nama ilmiahnya Loriculus galgulus adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.
Burung jantan dan betina serupa. Burung serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Populasi Serindit melayu tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Serindit Melayu hidup dalam kelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Saat istirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri dari sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Cik Rose jaga Burung Serindit ni baru je sebulan macam tu. Asalnya suami jagakan burung Serindit milik kawannya, akhirnya terjebak. Bukan seekor. Sekali beli dua ekor. Jumlah semua yang ada di rumah Cik Rose adalah 4 ekor, termasuk burung Serindit kawan suami. 

Dulu kitorang jaga burung Murai Batu. Korang boleh baca entry burung Murai Batu dalam blog Cik Rose ni.

Asalnya, burung ni duduk dalam sangkar asing-asing. Saja suami Cik Rose satukan dua ekor ni dalam satu sangkar. Biar berkawan. hihi. Jangan gaduh sudah  ya!


Apa yang special burung Serindit ni,  bila dia tidur tu rehat, dia akan terbalikkan diri. Kepala di bawah dan kaki di atas, ala-ala kelawar gitu. Cik Rose selalu usik dia kalau dia tengah rehat. haha.


Makanan Burung Serindit
Ada makanan segera tu kitorang beli dekat kedai. Ada dua jenis. Satu macam bertih jagung pun ada Cik Rose tengok. Tapi, suami Cik Rose selalu bagi buah. Buah epal merah dan buah lai. Amboi, bukan main suka lagi kalau dapat buah.Sesekali bagi buah pinang. Cik Rose perasan burung-burung ni suka sangat makan pinang. hihi. Nak bagi makan nasi pun boleh. Tapi, korang kena rajinlah bersihkan sangkar. 

Sangkar asal macam kat bawah ni. Duduk asing-asing. Sekarang dah bergabung dua ekor. Dan baki dua ekor lagi masih di asingkan.


Itulah buah pinang. Masa ni baru letak.  


Kenapa orang suka bela burung Serindit? 
Bagi Cik Rose, sebab bunyi kicauan dia kot. Sedap. Yang dah pandai berkicau tu, amboi sedapnya bunyi.Ambil masa juga nak bagi dia berkicau sedap tu. 

Cik Rose suka pasang lagu Jaran Goyang dekat tepi sangkar burung. Hihi. Tak senang duduk burung-uburung ni, seolah-olah nak menari. Cik Rose dah cuba pasang lagu lain, tapi dia tak joget pun. 


No comments:

Post a Comment