Hadiri Ceramah Agama Bertajuk Rahsia Dalam Solat



Assalamulaikum. Isnin lepas, Cik Rose berpeluang menghadiri satu ceramah Agama Bulanan anjuran Jabatan Cik Rose. Alhamdulillah, sekian lama tak menjejakkan kaki ke office lama, akhirnya berkesempatan jua. Memulakan perjalanan dari Batu Pahat ke Johor Bahru. Bertolak pagi, dalam pukul 7.30 macam tu.

Sesampainya di sana. macam biasalah rekod kehadiran dulu. Eh bukan tandatangan di kertas macam dulu. Sekarang dah guna QR Scan.Kena installdulu dalam handphone , dan nanti imbas kod. Kemudian, isi form dalam tu. Wahh semua dah main scan, scan. Cik Rose teruja. hihi.. Tahniah buat Unit Latihan, Jabatan Cik Rose. Kastam Johor Bahru.


Cik Rose berempat datang. 3 perempuan, dan  1 lelaki. Kami pun duduklah mendengar ceramah. Tajuk kali ini adalah Rahsia Dalam Solat. Di bawah ini adalah Ustaz yang memberikan ceramah pada hari tersebut,dari Majlis Agama Islam Johor.


"Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar."

- Al-Ankabut , Ayat 45

Sedikit perkongsian pada sesi ceramah tersebut:

Solat ini pemberi rezeki kepada kita. Cukupkanlah solat kita, Allah akan cukupkan rezeki kita, InsyaAllah.

Solat juga adalah rahsia kebahagian rumah tangga kita. Antara punca masalah rumah tangga adalah tidak didirikan solat bersama suami, isteri dan anak-anak.

Dan ada juga diberitahu tentang rahsia pergerakan solat terhadap tubuh badan kita. Migrain. Menurut ustaz tersebut,pergerakan sujud boleh merawat migrain kita. Ada ustaz tersebut terangkan tentang aliran darah dan lain-lain, cumanya Cik Rose nak terangkan balik takut tersala faham pula. hihi. Jika ada migrain yang teruk, cubalah berbekam. Ustaz ni sendiri dah amalkan berbekam. 

Macam biasa, kalau tak bergamar, tak sah gitu. hihi. Maka , kitorang bergambarlah sekeping dua. Eh yeke tu sekeping dua? hikhik.


Sekian, sedikit perkongsian dari Cik Rose.

Dirikanlah solat 5 waktu sehari :)

Post a Comment

0 Comments