Thursday, March 08, 2018

Susu Kambing Vachoc 10 Plus dari ellVita | Sedap dan tiada bau hamis



Assalamualaikum. Susu kambing memang mempunyai banyak khasiat jika diamalkan. Seeloknya kita amalkan yang fresh tu. Tapi, kadang-kadang susah nak dapat susu kambing yang fresh ni. Dan ada pula yang kurang gemar dengan bau dan rasanya. 

Cik Rose pernah minum susu kambing yang fresh dulu. Tapi, susah nak cari sekarang.  Ramai yang beri Cik Rose petua supaya amalkan minum susu kambing setiap hari, sebab Cik Rose kan tengah berusaha nak mengandung. 


Sebab tu bila diberi peluang untuk mencuba susu kambing dari ellVita ni , Cik Rose gembira sangat! Cik Rose pilih perisa vanilla coklat. Tadaaa:


Untuk makluman, susu kambing dari ellVita ni 
DIPERKAYA DENGAN MAKANAN SUNNAH. 

Ia mengandungi  ekstrak makanan sunnah terbaik seperti BUAH DELIMA, ZAITUN, TIIN, KURMA, KISMIS, BADAM, SAFFRON, HABBATUS SAUDA, MANNA dan GINKGO BILOBA.





KEISTIMEWAAN ellVita VACHOC 10 PLUS 
Ia adalah kombinasi DUA RASA coklat dan vanilla yang unik dan sangat sedap. EllVita Vachoc 10 Plus ni juga tiada campuran susu skim atau susu lembu. Yang paling best, ia diformulasikan dengan 10 makanan sunnah.
100% organik dan diperkaya dengan nutrisi penting. Tak payah risau sebab ianya tiada mineral sintetik dan krimer tenusu. 

Khasiat Susu Kambing yang perlu korang tahu :

Susu kambing ni dapat menambahkan tenaga dan stamina badan. Jadi, tak adalah korang rasa badan tu lesu atau keletihan yang melampau. Ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan( imunisasi). Kira macam antibodi. Tak adalah selalu berjangkit demam dan sebagainya dari orang sekeliling kan.

Susu kambing juga baik untuk sistem penghadaman dan usus. Bagi yang ada masalah tak lawas tu, cubalah amalkan. Ia juga untuk kesuburan pasangan yang telah berkahwin. Kita berusaha selagi terdaya, Insyaallah ada jalan. 

Kalau Cik Rose nak senaraikan satu persatu kebaikan dan khasiatnya, mahu panjang lebar entry ni. Hihihi. 


Sejujurnya, Cik Rose suka dengan rasa susu kambing dari ellVita ni tau. Tak ada langsung bau hamis! Sedap sangat rasa dia. Korang boleh bancuh suam ataupun sejuk. Tapi, jangan bancuh dengan air panas tau, bimbang nutrisinya terjejas. 

Cik Rose dah cuba bancuh suam di waktu pagi, dan sejuk di waktu malam. Sedapnya. Rasa dia macam minum susu coklat yang dalam kotak tu! Kalau bancuh dengan air sejuk, Cik Rose cuma shake-shake jer. Aihhh macam aiskrim coklat pun ada! 

Muka happy dapat minum susu!


Dalam satu kotak ni, ada 20 sachet. Mudah sangat nak bawa ke tempat kerja ke, nak bawa pergi sekolah ke, atau nak bawa bercuti. Boleh dibancuh di mana-mana. 

Seeloknya minum pagi dan malam. Macam Cik Rose, minum hanya sekali je sehari. Kadang -kadang pagi dan kadang-kadang malam. Minum susu kambing ni memang mengenyangkan tau!


Cik Rose bancuh suam-suam sikit, makan dengan biskut, haa dah kenyang. Alhamdulillah. 

Susu kambing ni sesuai untuk semua peringkat usia sebenarnya. Pelajar sekolah ke, dewasa ke atau orang tua. 

Psssst.... yang nak diet tu pun boleh cuba tau. Ada kawan Cik Rose minum waktu pagi, sampai pukul 2 @ 3 petang masih kenyang. 


Keunikan rasa susu kambing ellVita ni selaras dengan taglinenya iaitu : 
🌸ellVita: Tasty, Tested, Trusted
🌸ellVita: House of Nature
🌸ellVita: Hadiah terbaik buat dirimu
🌸ellVita: Revolusi baru produk berkualiti

Cik Rose suka sangat dengan rasanya, tapi jangan risau. Ia tak manis sangat tau, penuh rasa coklat! Nyummy!

Bukan Cik Rose je yang cakap sedap, korang boleh tengok di bawah ni. Apa kata pengguna yang dah merasai susu coklat dari Ellvita ni : 




Kat bawah ni ada video ringkas dari Cik Rose, tentang cara penyediaan susu kambing ellVita. Mudah jer. Jemputlah tengok. 




Untuk pesanan atau maklumat lanjut, boleh rujuk di bawah ya : 

Hotline: 019-2020 911
Website: www.ellvita.com
Facebook : ellVita Hq
Instagram : ellVita Hq

Selamat mencuba!

26 comments:

  1. Boleh dicuba ni...jalau susu kambing lain ada juga PC cuba minum dan amalkan...

    ReplyDelete
  2. mmg susu kambing lg elok dr susu lembu..sedap plak tengok susu dr ellvita ni..nti boleh cuba yg best semua family pun boleh rasa

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya k.ros.. Kita pon suka sgt susu kambing.. Sambil2 nak ikhtiar juga utk hamil ni mana tau melekat kan.. Hehehe.. Kita skrg ssh nk jumpa susu btul2 fresh... Kalau ada pon, cpt habis... Sedih btul.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Akak x pernah lagi minum susu kambing..eh...ker pernah..entah la dah lupa..hehehe..tapi bila tgok entry ni terus ada rasa nak cuba..

    ReplyDelete
  5. aida pernah minum susu kambing.
    masa tu produk iks saje la. lom ada branding.
    hmmm tak brape minat la, cikrose.
    maybe sebab lom brape ok kan r&d diorang.
    but a good effort la masa tu.
    yg ni dah packaging perfect, surely sedap :)
    susu kambing memang diwar-warkan baik utk kesihatan. in shaa Allah...

    ReplyDelete
  6. I never try goat milk before but this Vachoc looks delicious. Will buy 1 to try it out.

    ReplyDelete
  7. susu kambing ni memang banyak khasiat tambah pulak dengan makanan sunnah yang memang baik utk badan. bagus tu!

    ReplyDelete
  8. I rasa macam dah lama tak minum air susu kambing, selalu rajin amalkan masa pregnant hehehehhee.... i sebenarnya lebih suka susu kambing yang pure sebab i boleh terima rasa hamis tu hehehe

    ReplyDelete
  9. Jarang minum susu kambing but yang fresh berbau tu memang tak boleh nak minum. If dah proses, ok especially ada perisa. Mesti sedap rasa vanilla mix coklat. Niceee. Noted, tak boleh bancuh dengan air panas. Suam-suam minum baru sedap!

    ReplyDelete
  10. Banyak juga testimoni yg akak baca cakap vachoc sedap sangat kan. Rasanya yang kaya dgn coklat dan lain daripada yang lain kan

    ReplyDelete
  11. Susu kambing dalam perisa Coklat. Bijak betul. Seronok la kita minum. Bukan kita je. Anak-anak pun suka.

    ReplyDelete
  12. macam sedap je vachoc tu.. geram nengoknya..

    ReplyDelete
  13. susu kambing kan mcm minuman sunnah ye dak..! susu kambing yg baik ialah susu yg tak hanyir.. Kalau susu perisa coklat kagi better

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni produk susu kambing mula dapat tumpuan ramai berbanding susu lembu dulu popular susu lembu jerkan tapi sekarang teknologi merubah semuanya... Tengok susu coklat ni macam sedap lak hehehehe

    ReplyDelete
  15. Yes susu kambing susu kedua terbaik selepas susu ibu.. so klu buat kita yg dh dewasa ni jadi susu terbaik no satu la..hehehe

    ReplyDelete
  16. Tak pernah lagi dengar nama jenama ni. Tapi produk tempatan seperti harus dpt lebih pendedahan

    ReplyDelete
  17. Pernah dgr org ckp khasiat susu kambing hampir sama dgn susu ibu
    Mmg sgt bagus diamalkan terutama kanak-kanak, kan?

    ReplyDelete
  18. Wah... Sedapnya. Tgk pun tau rasanya yummy...

    ReplyDelete
  19. Dulu ramai yang tak suka minum susu kambing sebab ianya berbau hamis. Sedangkan susu kambing lebih banyak khasiatnya berbanding dengan susu lembu...

    ReplyDelete
  20. Rawlins suka gak minum susu tapi tak boleh minuut awal pagi sebab akan terus ke kamar keil hehehe
    Belum try lagi Vachoc nie. Next grocery shopping boleh try cari la kot

    ReplyDelete
  21. I used to drink goats milk growing up...but now can't handle the smell. But since this one doesn't have the smell, i should probably give it a try because apart from the smell i actually like the taste.

    ReplyDelete
  22. I have not tried goat's milk before. This looks very good and healthy. Will check it out soon.

    ReplyDelete
  23. perisa coklet ye.menarik.banyak khasiat.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  24. Ok nanti I check product ini, nampak macam sedap with chocolate flavour and tak hamis. Sis cuba nanti ya

    ReplyDelete
  25. ini macam sedap... nak cuba jugak lah. banyak nutrisi yang ternyata di sana. tak sabar lah nak beli esok... - Rach

    ReplyDelete