Bilakah Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil

Assalamualaikum. Setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak. Namun, di sebalik usaha yang kita lakukan, ia juga berbalik kepada soal rezeki. 

Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa agar dipermudahkan mempunyai anak. Cik Rose tak berniat nak ceritakan soal peribadi. Cuma ingin kongsikan doa agar dikurniakan anak, iaitu Doa Nabi Ibrahim. Seperti di bawah ini :



Bilakah Waktu Subur Wanita Untuk Mudah Hamil?

Hari ni Cik Rose nak kongsikan tentang cara kira waktu subur bagi wanita yang ingin mendapatkan anak. Ada sesetengah wanita yang masih kurang jelas tentang pengiraan waktu subur. 

Jadi, di sini Cik Rose ringkaskan serba sedikit untuk panduan kita bersama.

Kitaran Haid Wanita


Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi setiap wanita ada kitarannya sendiri. Ada yang 25 hari dan ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Fasa di dalam kitaran haid. 

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR WANITA?

Katalah kita period 28 hari, maka hari subur ialah 
28 hari - 14 hari = 14 hari. 

Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!hihihi), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Post a Comment

8 Comments

  1. Usaha selagi boleh...doa sentiasa..tawakkal sesungguh hati..

    ReplyDelete
  2. waktu subur ke tak subur semua dh try tp lom ada rezeki lg dik... huhuhu udahla tiap tahun makin tua... cik rose muda lg... takpe usaha2

    ReplyDelete
  3. Kita punya period tak menentu..tu tak pernah kira..main terjah je. Alhamdulillah..dapat dua anak dah..hehehe..usaha pulaj nak dapatkan anak lelaki

    ReplyDelete
  4. Walaipun belum berkahwin tapi info2 sebegini memberi mberi zaza satu pengetahuan di masa akan datang..

    ReplyDelete
  5. Sama la.. Kdg2 kita ikut wktu2 cmni.. Kdg2 tak.. Tp xde rezeki lagi.. Xpelah.. Allah nk bg yg lain dulu... Heheh..

    ReplyDelete
  6. ni kena tau bila kita datang bulan, senang nak plan untuk tahu sebur ke tak.

    ReplyDelete
  7. info yang bagus ni untuk mana2 ibu yang nak merancang anak kan. sbb kadang ada yg tak tahu pasal subur masa bila waktunya.

    ReplyDelete
  8. Mcm kita ni sjak kawen trus install apps my calender. Mcm kak diana tu. Sbb nk kira x berapa nak reti. Hahaa
    Syukur alhamdulillah, ank ptma mmng ikut tu, rezeki lekat. Hehe

    ReplyDelete