Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, Johor




Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 di Batu Pahat, Johor


Assalamualaikum. Semalam iaitu pada 19 April 2018, Cik Rose berpeluang menghadiri Majlis Pembukaan/Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 atau secara ringkasnya MSAM 2018. 

Program ini bakal berlangsung selama seminggu iaitu mulai 19 April 2018 hingga 25 April 2018.

Cik Rose pergi bersama rakan-rakan tempat kerja. Seawal jam 9 pagi kami ke sana. Program ni di Stadium Batu Pahat, atau lebih tepat di Dataran Batu Pahat. Dekat je dengan office Cik Rose. 5 minit perjalanannya. 

Sampai je, kita bergambar kenanganlah dulu. Smile uols...
Ramai lagi yang join, tapi terpisah bila dah sampai. Sebab ramai sangat pengunjung! 


Pintu untuk pendaftaran di buka pada jam 10 pagi. Wahhhh sebaik sahaja kami masuk,  Cik Rose teruja! Patutlah lama betul persiapan venue ni. Hebat! Tahniah buat mereka. 

Masuk je pintu utama, kami perlu daftar dahulu untuk mendapatkan gelang yang mempunyai bar code. Kad pengenalan diperlukan untuk mendaftar. Jangan risau, banyak kaunter disediakan. 


Tadaaa... kami dah daftar! Hihi. Kenapa pakai gelang ni? Dalam ni ada banyak booth di buka. Contohnya Maybank, Pos Malaysia, Perodua, Bank Negara dan banyak lagi. Di setiap booth, ada disediakan scanner. Di mana kita boleh scan bar code di gelang kita. 

Sambil-sambil kita jalan cari info dan menjalankan urusan kat dalam tu, bolehlah kita kumpul point. Nanti di pintu keluar, kita boleh tebus hadiah! Siapa yang tak nak hadiah kan. 


Sebelum masuk ke booth-booth yang disediakan, apalagi bergambar satu. Aih cantiklah pulak lampu ni kan l. PNB -Permodalan Nasional Berhad.


Masuk dalam tu, rajin-rajinlah singgah booth. Hihi, nanti dapat cenderahati. Buku nota, pen, beg dan lain-lain. Hihi.


Program ni dirasmikan oleh Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Jadi,bila dah daftar tu kami terus melangkah ke dewan utama. Niatnya nak dengar dulu ucapan Dato' Sri Najib, lepas tu barulah jalan-jalan ke booth. 

Tapi, sebaik sahaja kami masuk dewan utama, aduhai ramainya orang. Eh ada lagi awal rupanya. Hihi. Kerusi dah penuh dah. Tak ada tempat kosong. 

Jadi, Cik Rose dan beberapa orang rakan lagi ambil keputusan untuk keluar dari dewan dan pergi jalan-jalan ke booth yang disediakan. 

Selepas kami keluar dari dewan utama sebab tak dapat nak duduk tu, kami pun jalan-jalanlah untuk mengumpul ‘point’. Hikhik. 

Eh eh tak sah lah kalau tak bergambar. Hihi. 


Cik Rose sempat check maklumat c-cris di booth Bank Negara. Alhamdulillah, nama clear. 

Kemudian, sempat juga menjawab survey di booth lain.(Cik Rose lupa pula booth apa) hikhik.

Sempat juga masuk peraduan dan cabutan bertuah. Ye ye je isi borang, tapi tak tunggu pun waktu pengumumannya. Hihi. Cik Rose berjaya kumpul 80 point, dapatlah beg. Hihi. Nak payung, tak cukup pula point. Haha.

Oh ya nak tahu tak. Ada cabutam bertuah di sediakan sepanjang program ini berlangsung tau. Borang penyertaan ada di beberapa buah akhbar tempatan. Alhamdulillah, Cik Rose dapat satu borang. Kawan office bagi, ambil dari akhbar Kosmo. 

Ada pelbagai hadiah disediakan. Dari hamper, iron, basikal, motosikal, kereta hinggalah ke rumah! Siapa yang tak nak kan. 

Masa cabutan nanti, dorang akan call kita dalam tiga deringan jer. Tut tut, tut tut, tut tut. Kalau kita tak angkat, dorang akan buat cabutan lain. Kalau kita angkat, kita perlu datang dalam masa 15 minit! 

Pakat dok pegang handphone masa tu kami semua ni. Hihihi. Tapi, untuk hari pertama, tak ada pula dapat panggilan. Hihi.

Majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Cuma satu je Cik Rose rasa nak tegur. Pintu keluar. Susah nak cari, berpusing-pusing kami dalam tu nak keluar tak boleh. Kitorang hanya dibenarkan keluar melalui pintu utama untuk keluar. 



Pintu banyak, tapi tak dapat nak keluar. Ada anggota keselamat jaga, dan tak benarkan kami keluar.  Tapi, Cik Rose faham. Perkara ni sebab nak pastikan kelancaran program dan tak nak nampak serabut atau kelam kabut. 

Apapun tahniah buat semua yang terlibat dalam program ni. Acara penutup adalah pada 25 April 2018.




Post a Comment

25 Comments

  1. Wahh dpt jpa ds najib..hihi
    Best dpt join event ni

    ReplyDelete
  2. Program sebegini sangat menarik sbb bnyk booth2 bkaitan dgn amanah saham yg kita blh dptkan pelbagai pengetahuanp. Zaza sendiri pun masih kurang pgetahuan ttg nya

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya program ini. Boleh dapat banyak info tentang pelaburan ..

    ReplyDelete
  4. Sally jarang betul dapat peluang nak g expo macam ni..salah satu sebab malas..hahaha..plus sbb ramai org..

    ReplyDelete
  5. Wahhh bagusnya program ni..rugi tak join ni

    ReplyDelete
  6. Best k.ros.. Kita dh kt kluang xdpt nk gi sne. 2mgu lps hri2 tgk persiapan jee .. Rugi btul xdpt join.

    ReplyDelete
  7. If Dato' Sri Najib mai... haruslah kena awal sampai.. Kalau tidak....!!! Pepaham je la... Bagus program macam nie... Dulu rajin terlibat denganprogram PNB..

    ReplyDelete
  8. program macam nih memang ramai yang datang rose. confim tpisah punya..hehehe..wah bestlah oa dp hadiah beg..oklah kan

    ReplyDelete
  9. aida suka attend program camni.
    sebab kita tambah ilmu.
    terutama dari segi saving / investment.
    kalau dlm tv or online, maybe x dpt penerangan yg tepat.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat join program macam ni.airah tak pernah ke batu pahat lagi walaupun dah setahun pindah johor hahahah kena start berjalan ni

    ReplyDelete
  11. Jauh kalau dekat kita memang pergi dah hehehe sebab kita suka saham-saham ni nak cari pelaburan untuk masa depan hehehehe...

    ReplyDelete
  12. Meriahnya..ramai betul orang. At least dah penat berjalan dapatlah redeem gift. Kalau kita tak larat kalau ramai2 macam ni

    ReplyDelete
  13. Pernah juga jumpa DS Najib masa event buat masa kerja dulu. Kebetulan event tu dekat Pekan, Pahang. Minggu Amanah Saham ni boleh la kita pergi ke mana2 booth untuk mengetahui maklumat apa-apa selain masuk peraduan ye?. Hmmm kena check juga maklumat kat Ccris tu.

    ReplyDelete
  14. Bagusnya ekspo macam ni! Selaku baru habis studi ni, memang saya sendiri kurang tahu tentang pelaburan. Menarik sebab banyak informasi boleh diketahui ni!

    ReplyDelete
  15. Bestnya kalau dapat pergi expo camni. Kalau ada peluang, saya nak pergi la. Terima atas info. Ruginya kalau tak join. Huhuhu :)

    ReplyDelete
  16. bagus utk kita skrg melabur dr banyak membazir.. sikit2 melabur tidak mengapa ja ji ada usaha. sikit2 lama bergunung.. rugikan kalau x menyaham.. hahahaha... ayat baru

    ReplyDelete
  17. Saya kalau dtg majlis2 sebegini pon mmg rajin pergi ke booth2 untuk dapatkan barang2 percuma. Hahahaha

    ReplyDelete
  18. Hehe, kalau akak lah .. memang kenfem terlepas peluang sebab henpon selalu silence mode hehe.
    Bahaya jugak ya, kalau orang dah berpusu2 tapi pintu keluar tak jumpa atau cuma ada satu.. ishhhh, muoga Allah lindung dari perkara yang tak di ingini
    Perniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan


    ReplyDelete
  19. Eh ada rupanya minggu saham amanah ni. Ruby tak pernah lagi join event MSAM. Teringin pergi untuk Tambah ilmu tentang saham amanah ni. Selalu tau pasal dividen je. Hahaha

    ReplyDelete
  20. Menarik tu. Kalau ada dkt kl nanti nak pergi jugalah.

    ReplyDelete
  21. Macam-macam aktiviti ada ye..bagus betul..bukan setakat tau pasal paburan, malah ada cabutan bertuah. Jadi datang takdela tangan kosong.

    ReplyDelete
  22. menarik gak kalau dapat pi ni.. ada macam-macam aktiviti gak boleh di join kan.. hehe.. selfie2 tak lupa juga yea..

    ReplyDelete
  23. Dulu masa kat kampung, PM turun kampung, mommy ni ikut abah juga nak jumpa PM. Tun Mahathir masa tu. Sampai sesat dan tak jumpa pon. Masa tu mommy sekolah rendah lagi. Teruja sungguh nak jumpa dan akhir sedih terpisah dengan abah dan kecewa sampai sekarang tak dapat jumpa face to face. Memang tak ada rezeki. Bagus event macam ni. Teringin juga mommy nak check CCRIS tu

    ReplyDelete
  24. A great awareness for all people to learn but I'm still not sure what both they have over there and how you guys collect point?? There lucky draw really attractive

    ReplyDelete
  25. Beruntung sapa yang dapat le event Minggu saham amanah malaysia ni. Pasti pelbagai info mengenai peluang utk melabur dengan pulangan terbaik pada hari ini..org kita perlu ambil peluang ini,jangan lepaskan peluang yg terhidang di depan mata!

    ReplyDelete