Assalamualaikum.
Terpanggil untuk menulis tentang tips atau kunci untuk hidup lebih bahagia.
Bahagia itu pilihan. Semua orang berhak untuk jadi bahagia. Namun bukan mudah untuk mengecapi bahagia. Dan bukan juga susah untuk jadi bahagia.
Macam mana nak bahagia ni?
Ok, di sini Cik Rose senaraikan 9 kunci untuk hidup lebih bahagia.
Cik Rose pun ambil dari perkongsian rakan -rakan di facebook.
Alolo comelnya la hai anak Siti Nurhaliza. Cik Rose suka betul tengok. Hihi. Saja Cik Rose kongsi di sini, inilah Siti Aafiyah.
Ok kembali semula pada tips bahagia.
Yang pertama adalah Tidak Membenci.
Hapuskan rasa benci terhadap seseorang atau sesuatu perkara. Buat apa di tanam rasa benci itu dalam hati? Lebih baik jauhi perasaan benci itu sebelum ia memguasai diri kita sendiri. Say no to hate gitu uols!
Yang kedua pula adalah Tidak Mengeluh.
Hentikan mengeluh terhadap apa yang kita tak suka. Tak baik. Jangan terlalu merungut. Belajar untuk saing menerima pendapat. Nanti korang akan rasai perubahan emosi korang. Syukur dengan apa yang kita miliki.
Seterusnya adalah Bersangka Baik.
Sentiasa fikir yang baik-baik, Insyaallah jadi baik-baik nanti. Jangan memandang serong terhadap orang!
Keempat adalah Merendah Diri.
Tak jatuh pun ego dan maruah kita kalau kita merendah diri. Malah, kalau kita merendah diri, kita akan lebih dihormati.
Yang kelima adalah Mudah Memaafkan.
Belajarlah memaafkan orang lain. Sentiasa ingatkan diri yang semua orang melakukan kesilapan. Mana tahu nanti kita juga akan melakukan kesilapan ?
Keenam pula adalah Hindari Permusuhan.
Yer, terapkan aura positif dalam diri kita. Jangan nak gaduh -gaduh dengan orang sekeliling.
Seterusnya adalah Bersedekah. Rajinkan bersedekah. Tapi janganlah sampai riak ya.
Yang ke lapan adalah Selalu Tersenyum. Senyum -senyum selalu. Ceria-ceria selalu. Jangan masam jer. Hihi.
Yang terakhir adalah Tidak Dengki dan Irihati.
Kalau dengki yang positif tak apa. Contohnya kawan kita berjaya dan kita dengki dengan dia. Dek kerana perasaan itu, buatkan kita jadi lebih berusaha untuk berjaya. Tapi janganlah dengki negatif. Tak senang duduk dengan kejayaan orang lain sampai sanggup melakukan perkara tak baik.
Sekian tips bahagia dari Cik Rose. Hihi.
1 Comments
InsyaAllah...memang terbukti kalau amal tips diatas..hati kita lebih bahagia..tenang dan otak pun tak terbeban..
ReplyDelete