Wednesday, April 04, 2018

Kenaikan Gaji Bermula 1 Julai 2018 Berita Gembira Buat Penjawat Awam

Assalamualaikum. Hari ni senyum lebar, mood berbunga-bunga. Sebab pertama kali cuba pakai tudung bawal Kekaboo. 

Saja tukar mood pula. Sebelum ni Cik Rose mengikuti juga peredaran perubahan tudung ni. Cik Rose bermula dengan bawal - Fareeda - Aidijuma - Shawl - Tudung Sarung. Hihi. 

Sekarang macam rasa nak berbawal semula. Tu yang saja cuba bawal Kekaboo. Mudah bentuk dan tak jarang. Tu yang best!


Tak sangka, di sebalik mood yang berbunga pagi ni, dapat pula berita gembira.  

Berita gembira tu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) di hadapan lebih 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Emm berdebar-debar je menanti pengumuman.


Eh ada pula yang keluarkan kenyataan bahawa pilihanraya memang dah dekat sangat!

Jeng jeng jeng sabar ya!

Antara berita gembira yang diterima penjawat awam adalah pemberian kenaikan gaji tahunan (KGT) kepada semua 1.6 juta penjawat awam, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Cik Rose happy sangat. Alhamdulillah , rezeki buat semua. 

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan lapisan kenaikan pangkat Gred 56 bagi Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan khusus bagi pegawai yang berada lebih lima tahun di Gred 54.

Kemudian,  kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa bagi pegawai lantikan kontrak dan memberi faedah kepada 42,867 pegawai, berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Kerajaan bersetuju menyumbang sekurang-kurangnya RM3 juta setahun kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod selama tujuh hari maksimum sepanjang tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Januari 2018 kepada penjawat awam berkenaan.

Tiga berita gembira kepada lebih 800,000 pesara kerajaan termasuk satu peratus kenaikan kadar pencen secara one-off mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018 sebagai tambahan kepada dua peratus diterima pesara pada 1 Januari 2018.


Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberi geran khas masing-masing RM1 juta kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia; Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS) bagi menganjurkan aktiviti persatuan dan kelab.


Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan fardu haji, Najib berkata, kerajaan bersetuju menetapkan satu kuota khas kepada kumpulan berkenaan sejurus mendapat kuota diperuntukkan kepada Malaysia oleh Kerajaan Arab Saudi.


Alhamdulillah ❤️





13 comments:

  1. alhamdulillah.. rezeki org gomen..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki.. Syukur.. Lepas ni boleh la la je zaza kfc hihihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... rezeki bertambah. dengan kos sara hidup yang tinggi ni memang kenaikan gaji sangat2 di tunggu..kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki penjawat awam kan Rose

    ReplyDelete
  5. Rezeko sangat tu..kalau la ada kelebihan untuk surirumah juga..hehehe

    ReplyDelete
  6. Beatnya keje penjawat awam ,sentiasa ada berita gembira. Saya swasta sentiasa tunggu berita gembira

    ReplyDelete
  7. Sis lama tak soping Aidijuma..sebab sejak paten dia tak berapa berkenan kat mata ..
    Bilalah nak bagi bonus untuk surirumah ek hahahaha

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, merasa 2 kenaikan la kita tahun ni

    ReplyDelete