Assalamualaikum. Selamat malam. 

Malam ni nak bercerita mengenai Mini Garden Cik Rose. Sebelum ini pokok bunga Ros galak berbunga. Mekar berkembang bersama-sama Daisy dan Orkid. 


Namun, dua bulan kebelakangan ini kemarau bunga. Mula menunjukkan tanda sakit. Aduhai... mengapa.. 

Memang Cik Rose agak sibuk kebelakangan ini. Tak sempat nak belai-belai dan luangkan masa di Mini Garden. Sekadar siram sahaja di waktu pagi atau petang. 

Kalau dulu, memang Cik Rose luangkan masa seminggu dua kali. Letak baja, sembur racun serangga, potong daun-daun yang tak elok. Hihi. 


Sejak Cik Rose tengok makin lama makin sakit pokok -pokok bunga Ros, Cik Rose jadi risau! 
Mula cari altenatif untuk membaik pulih pokok-pokok bunga Ros. Sayang tau kalau mati! 

Cik Rose mula memberi perhatian yang lebih. Potong dahan-dahan yang hampir mati. Buang daun-daun yang kekuningan. 


Letak baja untuk tanah dahulu. Dua tiga hari kemudian, mula letak baja bunga. Sembur racun serangga di sekitar pasu. 

Gembur-gembur tanah. Mula displin siram bunga setiap pagi. Dah tak nak buat kejap siram pagi, kejap siram petang. Hihi. 


Alhamdulillah, bila Cik Rose konsisten buat macam tu, pokok Cik Rose dah mula berbunga. 

Tapi, bila tumbuh pucuk bunga, dia tak nak berkembang pula! Eh kenapa ni ros-ros sayang...

Kecut je bunga-bunga tu tak nak berkembang!


Cik Rose pun mula buat kajian sendiri. Hahaha amboi ayat. Cik Rose tak pandai nak terangkan pada orang atau ajar bagaimana nak ubati pokok yang sakit. 

Pada Cik Rose, bila kita jaga pokok bunga, kita tahu macam mana keadaannya kan. Setiap pokok tak sama. Masalahnya juga tak sama. 


Cik Rose simpan air basuhan beras. Dan siram pada pokok-pokok bunga Ros pada awal malam. Sajalah bereksperimen sendiri. 

Nak tengok perubahannya ada tak.

Alhamdulillah, pokok-pokok bunga Ros mula berbunga dan berkembang. Cik Rose ada 5 pasu kesemuanya. Warna putih, merah, pink, pink bandung dan pink putih. 


Moga terus tumbuh dengan sihat. Sekarang ni dah mula berbunga. Tapi, masih ada daun-daun yang kekuningan. 

Ambil masa juga kan nak baik seperti sedia kala. Kuncinya adalah sabar. Jangan tergopoh -gapah. Cuba cari penyelesaiannya. 

Tapi janganlah sampai hari-hari letak baja yang berbeza. Nanti pokok tu pening tau. Hihi.


Sekarang Ros dah mula berbunga setanding dengan Si Daisy dan Orkid! 

Alhamdulillah.

Menjadi satu kepuasan bila melihat pokok-pokok bunga di Mini Garden Cik Rose berbunga mekar.