Monday, May 14, 2018

Terima kasih atas ingatan di hari lahirku



Assalamualaikum. 
Masih cerita hari lahir. Tahun ini tarikhnya sama dengan tarikh mengundi. 

Kebetulan suami bertugas luar kawasan. Nak balik kampung di Kedah, tak kesampaian. Maka, Cik Rose di rumah sahaja. Mengikuti cerita pilihan raya di rumah, melalui telefon dan televisyen.


Petang 9 Mei, kawan Cik Rose menghantar whatsapp. Mengajak ke rumah. Kawan, merangkap adiklah sebab lebih muda dari Cik Rose kan. Hihi.
Kawan satu blok di tempat tinggal Cik Rose.

Terharu apabila dijamu mihun sup dan kek marble. 

Tadaa inilah dia mihun sup tu. Nyum nyum berselera Cik Rose makan. Sedap! 


Ini pula kek marble khas sempena hari lahirku. Sedap, makan panas-panas masa baru masak.



Terima kasih kawanku. Sungguh Cik Rose terharu. Di saat suami dan keluarga tidak berada di sisi, kawan-kawanlah yang menemani. 

*****

Pertambahan usia menuju ke 30. Macam-macam perasaan yang ada. Perubahan emosi juga datang menerjah.

Maaf jika tutur kata atau reaksi fizikal Cik Rose melukakan hati anda di sekeliling Cik Rose. Terkadang tak sedar ianya telah mengguris hati anda. 

Cik Rose sendiri tak dapat nak jangka hal -hal emosi sendiri. Berubah-ubah. Hihihi.

Apapun terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya. Satu je Cik Rose pegang, tiada yang sempurna di dunia ini, namun kita berusaha untuk jadi yang terbaik. 

1 comment: