Saturday, June 09, 2018

Cara jadikan Pokok Bunga Ros galak berbunga

Cara jadikan Pokok Bunga Ros galak berbunga. Assalamualakum. Gembira hati bila melihat pokok bunga kita galak berbunga. Berlumba-lumba untuk berbunga.

Aduhai sukanya. Cantik. 

Cik Rose akui bukan mudah nak jaga pokok bunga Ros. Tak dapat nak jangka. Kejap ok, kejap tak ok. Kena selalu beri perhatian yang lebih kepada pokok bunga Ros. 

Korang sedia maklumkan yang di Mini Garden Cik Rose ada pelbagai jenis bunga. Antaranya Daisy, Orkid  dan juga Ros. 

Jadi, cara penjagaannya berbeza-beza. Banyak yang Cik Rose bereksperimen sendiri sahaja. Try and error orang kata. 

Di bawah ini pokok bunga Ros soft pink. Nak tahu, hampir-hampir nak mati pokok ni. Ia menunjukkan daun kekuningan dan ranting dah mula kering dan hitam. Risau bukan kepalang masa tu. 


Yang ni paling lama bertahan. Beli di awal terbinanya Mini Garden Cik Rose. Hihi. Mawar merah... sayang Cik Rose padanya. 


Mawar putih ni juga sama macam mawa merah kat atas ni. Antara pokok terawal yang Cik Rose beli. Lama bertahan. Dan sekali berbunga, memang banyak tau.


Apa yang Cik Rose buat bila pokok-pokok ni mula menunjukkan tanda tak sihat? 

Nak tahu tanda pokok kita tu sakit? 
Daun mula kekuningan atau mengeluarkan bintik hitam. Dahan kehitaman dan kering. Jika berbunga, bunganya tak nak berkembang. 


Cik Ros mulakan dengan memotong bunga yang tak nak berkembang tu. Juga memotong dahan yang telah  kering. Potong juga daun yang sakit tadi, supaya tidak merebak. 

Kemudian, Cik Rose akan meletakkan baja untuk kesuburan tanah. Siram seperti biasa. Biar dahulu dua ke tiga hari. Tengok macam mana perkembangannya.


Lepas tu, Cik Rose semburkan ‘ubat’ di sekitar daun, batang dan di bahagian dasar pokok. Kalau boleh sembur pada waktu hampir malam atau malam. 

Sebab apa? Waktu itu sejuk dan kita tak lagi akan siram pokok kan. Biarkan.


Setelah hampir seminggu menjalani rawatan, bolehlah letak baja bunga pula. Sama juga, letak pada lewat petang atau awal malam.

Tak perlu tunggu lama, dalam tempoh dua ke tiga hari, pucuk bunga mula tumbuh!


Masa pucuk bunga mula tumbuh ni nak kena jaga. Jangan siram sampai terkena pucuk bunga. Nanti tak jadi berkembang dan kalau mekar, ia akan kehitaman. 

Cukup siram di dasar pasu dan percikkan sahaja air di daun.


Itu je cara yang Cik Rose buat untuk pokok bunga Ros galak menghasilkan bunga.


Ingat, jangan kekurangan air dan jangan terlebih air. Kena try and error juga. Lihat hasilnya. Sebab pokok kita ni tak sama kan. 

Bermula dengan suka-suka, sekarang dah jatuh cinta. Itulah ibaratnya rasa Cik Rose pada pokok bunga-pokok bunga di Mini Garden Cik Rose.

9 comments:

  1. cantiknyaaa.sejuk mata memandang bunga segar ni.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. Pokok manja ni memang susah nak jaga.

    ReplyDelete
  3. Geramnyanya lah zaza tgk bunga2 akk kembang mekar 😍

    ReplyDelete
  4. Cantik nya .. Ros boleh buka kedai jual bunga ros la kalau macam ni.. semai banyak2 lepas tu jual..

    ReplyDelete
  5. hehehe...elok je kejadian masing-masing...Sally boleh faham akak sbb ibu mmg suka betul dengan bunga...ade je yg dia buat...kejap kahwinkan, kejap bercakap, kejap tukar pasu..hahaha...bagus tips akak :D

    ReplyDelete
  6. Oh, macam tu sekarang pokok bunga kat rumah banyak mati. Kadang nak jaga tak sempat

    ReplyDelete
  7. Wah! thanks for the tips, nanti i ada pokok bunga ros boleh lah ikut cara ini.

    ReplyDelete
  8. Dekat rumah pun bunga ros saya subur dan banyak berbunga. Tapi tips ni pun ok jga

    ReplyDelete