Kad Raya hanya tinggal kenangan saja

Assalamualaikum.

Bila sebut kad raya, ada banyak kenangan Cik Rose dengan kad raya.  

Kenangan lalu.

Dulu bila tiba bulan puasa, memang sibuk nak beli kad raya. Masa zaman sekolah rendahlah yang paling meriah. Beli bukan main banyak lagi kad raya. Maklumlah dah bersusun panjang senarai nama yang nak di beri. 

Kad raya untuk mak ayah, untuk adik beradik, untuk keluarga, untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Dulu, meriah design kad raya. Design ketupat, lemang, lampu raya.. design bunga-bunga. Yang paling best mestilah yang kartun. Siap dengan dialog yang mencuit hati. Kecil besar tak kisah. Asalkan memberi. Itu yang bermakna. 

Memang banyak yang diterima semula setelah kita bagi pada kawan-kawan. Untuk kawan-kawann yang dah pindah, sanggup ni pergi pos. rindunya. 

Bila usia makin meningkat, ada pula design baru. Design ada lagu raya! Yang tu besar dan agak mahal. Kalau kad biasa boleh dapat dengan harga 50 sen jer, kad yang ada lagu ni dalam Rm3.50 dan ke atas. Itu kalau dapat, tak tidur malam jadinya! Hahahha.

Namun tahun berganti tahun. Kad raya seakan dah dilupakan dengan kemajuan teknologi. Kini, semua hantar ucapan raya melalui whatsapp. Dan ada pula e-kad raya. Kad raya digital sahaja. 

Dua tiga hari lepas, Cik Rose terima sekeping kad raya dari blogger Cik En. Ohh terkejut tau. Memang menggami memori kad raya ni. 


Mulalah Cik Rose teringat kenangan lalu. Bagaimana sanggup simpan duit belanja sekolah sebab nak kumpul duit beli kad raya. Menulis satu persatu ucapan dalam setiap kad raya. 

Terasa dihargai bila terima kad raya yang ada tulisan tangan dan ucapan yang bermakna dari saudara mara dan kawan-kawan. 

Kini, semua tu dah jadi kenangan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. tahun lepas ada la bagi kad raya tapi tahun ni tak sempat. Dah tak ramai dah bagi kad raya sebab zaman digital tapi bermakna betul kalau dapat kad raya kawan-kawan kan :D

    ReplyDelete