Assalamualaikum.
Kisah throwback. Sehari sebelum 1 Ramadhan, iaitu 16 Mei 2018, kisahnya. Cik Rose dan rakan-rakan pejabat mengadakan perpisahan pelajar praktikal dan perpisahan seorang pegawai.
Majlis dua dalam satu. Majlis ni kitorang buat di Restoran PappaRich, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya kan restoran ni baru je buka di Batu Pahat ni.
Buat pada sebelah petang, selepas habis waktu berkerja. Kitorang konvoi dari office menuju ke restoran PappaRich ni.
Tadaaaa nak tahu Cik Rose order apa?
Nasi lemak ayam kari bersama sambal sotong. Penuh pinggan uols! Lauk saja penuh pinggan. Tengoklah ayamnya besar juga dan dua ekor sotong!
Air pula, Cik Rose cuba iced coffee with coffee jelly. Bukan main lagi! Kata penggemar kopi, haruslah order kopi jugak ! Hahahah.
Yang penting bergambar dulu sebelum makan! Hikhik.
Macam-macam menu yang dipesan. Kepelbagaian! Ada keow teow, ada yang order bubur dan macam-macam lagi.
Majlis dimulakan dengan makan-makan. Maklumlah secara santai. Tak adalah formal, kekok kan?
Selepas makan, majlis penyampaian hadiah untuk yang diraikan.
Sebelum balik, kita bergambar lagi ya! Hikhik.
Moga terus berjaya buat adik praktikal ni. Moga dapat mencapai apa yang dicita-citakan.
Dan buat chief yang bersara, moga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki lagi. Aminn.
0 Comments