Assalamualaikum.
Semalam Cik Rose ada cerita mengenai shampoo baru kan? Kali ni nak bercerita mengenai sabun pula. Ala body wash. Hikhik.
Kebetulan dah habis, alang-alang di Watsons, beli lah kan. Banyak jenis yang ada. Lama juga dok memikir nak beli yang mana.
Banyak juga jenama yang dah pernah Cik Rose beli. Kali ni nak cari yang tak pernah guna pula..
Tadaaaaa Oatmeal & Shea Butter Body Wash dari St Ives :
Tertera tulis made with 100% natural extracts. Paraben free.
St Ives body wash ni ada macam-macam ingredient. Cik Rose memilih yang ini sebab tertarik dengan kandungan shea butter tu. Cik Rose ada terbaca dahulu yang shea butter ni elok untuk kulit yang sensitif- kalau tak salahlah..
Review Cik Rose :
Saat pertama kali guna tu, aduhai.... tertarik dengan baunya. Dia bukan wangi yang terlalu wangi hingga menusuk hidung tau. Wangi dia sedap manis berlemak! Hihi.
Bila dah guna, memang lembut di kulit. Yes, betul! Lepas guna kulit jadi lembab dan lembut! Eh try la sendiri nanti baru tahu hasilnya macam mana.
Cik Rose memang suka, dan akan terus menggunakannya. Bukan mudah nak jumpa body wash yang benar-benar sesuai untuk kulit tau. Bila dah jumpa yang terbaik, haruslah setia! Hihi...
Pertama kali cuba body wash St Ives. Cik Rose memang pengguna scrub apricot St Ives. Ni dah jatuh hati dengan body wash pulak!
5 Comments
product St Ives dan Himalaya memang both CT rasa bagus. Himalaya dia bau ubat2 sket kan.. tak pernah cuba shower gel kalo St Ives. guna appricot scrub je.. berbaloi beli terus tube yang besar haaa pakaila sampai habis.. hehe..
ReplyDeleteApricot scrub memang best kan Ct. kak Rose pun suka :)
DeleteYang body wash kita pernah cuba, kalau yang syampoo tak pernah pula..
ReplyDeleteOh ada shampoo ke St Ives? Cik Rose tak tahu pula.. setakat ni guna scrub muka dan body wash sahaja ;)
DeleteMust try sis Anum ;)
ReplyDelete