REVIEW ST. IVES OATMEAL SCRUB + MASK |Assalamualaikum. Memiliki wajah yang bersih dan segar adalah impian setiap orang, khususnya wanita. Rutin harian penjagaan wajah kita mesti ada pencuci, penyegar (toner) dan pelembab. Itu rutin asas. Kalau kulit tak bermasalah sangat, ok lah kan. Tapi, kalau kulit kita ni mempunyai sesuatu masalah, kenalah tambah rutin yang lain kan.Pemakaian serum amat membantu. 

Oh ya, ramai yang terlupa untuk scrub wajah kan? Berapa ramai yang mengamalkannya dua atau tiga kali seminggu? Baik mengaku. hihi. 

Nak tahu tak, bila sebut scrub mesti Cik Rose terbayangkan St Ives.
Scrub St Ives terdiri daripada : 
  1. FRESH SKIN Apricot Scrub
  2. ACNE CONTROL Apricot Scrub
  3. ENERGIZING Coconut & Coffee Scrub
  4. RADIANT SKIN Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub
  5. BLACKHEAD CLEARING Green Tea Scrub
  6. GENTLE SMOOTHING Oatmeal Scrub & Mask
Cik Rose sendiri setia dengan jenis apricot untuk fresh skin. Memang berkesan dengan wajah Cik Rose, Alhamdulillah. Lagipun, harganya pun berpatutan dan sangat senang nak beli. Hihi. Itu yang penting kan.


Ok, baru-baru ni Cik Rose beralih arah kepada St Ives Oatmeal . Apa yang best oatmeal ni? St. Ives Oatmeal Scrub & Mask ni  ada fungsi 2 dalam 1. Korang boleh guna sebagai scrub dan juga mask. Kan senang. Tak payah fikir banyak. Rasa nak scrub, scrub jer. Tiba-tiba mood cantik tu datang, nak jadikan mask pula, pun boleh!

St Ives Oatmeal ni mengandungi bahan-bahan semulajadi iaitu oatmeal, walnut shell powder dan honey extract. Fungsi scrubnya mampu menanggalkan kulit mati manakala fungsi masknya pula mampu melembapkan kulit secara semulajadi.


Cik Rose dah cuba selama dua minggu, maksudnya dah 6 kali macam tu lah. Maklumlah displin pakai seminggu 3 kali tau. Ada  yang Cik Rose jadikan sebagai scrub dan ada yang Cik Rose jadikan sebagai mask.

Cik Rose lagi suka jadikan ia sebagai mask. relax je rasa. Dan hasilnya kulit jadi bersih dan lembut. Aduhai... Sukanya perasaan tu. Tahu tak, bila kulit ni lembut, Cik Rose ni asyiklah nak pegang. hikhik.

Dan bila Cik Rose jadikan sebagai scrub pula, terasa bersih jer muka ni. Segala kotoran hilang. Maklumlah Cik Rose ni pergi dan balik kerja naik motor. Jadi, muka ni memang terdedah dengan segala kotoran atau habuk. Bila sesekali pakai scrub, leganya rasa. Rasa macam semua habuk atau kotoran di wajah tu dibuang! 



Memang Cik Rose cadangkan dekat korang, kalau nak cari scrub muka, pilihla dari rangkaian St Ives. Pilih yang bersesuaian dengan masalah kulit korang.Scrub dari St Ives ni memang berkesan dan harganya berpatutan. Senang pula nak cari kan.