Sunday, September 23, 2018

Sinopsis Drama Fatonah Azali di TV3

Assalamualaikum. Sebentar tadi, Cik Rose berpeluang menonton drama Fatonah Azali, lakonan Redza Rosli dan Nad Zainal. Sebenarnya ia diulang siar oleh TV3. Sempena dengan pencalonannya dalam Anugerah Skrin 2018. Drama ini telah pun ditayangkan sekitar Disember tahun lalu.

Sejujurnya, Cik Rose telah melihat iklannya di tv beberapa hari lepas. Dengan melihat iklan pun hati dah tersentuh. Itu yang membuatkan Cik Rose nak menonton drama ni. Cik Rose tak pernah tengok sebelum ni. 

Lakonan Nad Zainal. Best! Memang menyentuh hati dan membuatkan air mata jatuh tak henti-henti. Alahai Fatonah. Drama ni memang akan membuatkan anda menangis tau. Dari awal, pelbagai perkara yang berlaku. 


Ok, Cik Rose sertakan sinopsis drama ini dahulu. Ni sinopsis versi Cik Rose ya. Cik Rose tulis apa yang Cik Rose faham. Korang memang patut tengok sendiri drama ni. 

SINOPSIS FATONAH AZALI

Di awal cerita, Azali telah dihalau oleh ibunya kerana tidak tahan dengan kata-kata orang kampung. Azali salah seorang pemuda yang nakal di kampung tu. Setelah dihalau, Azali ke bandar dan berkerja di sebuah kedai makan. 

7 tahun telah berlalu. Ibu Azali mengalami sakit kanser. Untuk kos pembedahan yang tinggi, Paktam(ayah Azali) bertindak mahu meminjam wang dari bekas majikannya(ayah Fatonah).

Sebagai ganti, ayah Fatonah mengamanahkan Paktam untuk menjaga Fatonah. Fatonah telah berusia 21 tahun dan wataknya adalah gadis istimewa. Kemudian, Ayah Fatonah meninggal dunia. Dalam masa yang sama, Fatonah duduk bersama Paktam dan Makcik Rokiah. Fatonah menjaga makcik Rokiah ketika sakit. 

Ditakdirkan, makcik Rokiah meninggal dunia dan pada hari yang sama, Azali pulang ke kampung. Kesedihan Azali bercampur marah apabila mendengar cerita-cerita orang kampung tentang ayahnya. Orang kampung mengatakan ayahnya mahu mengahwini Fatonah, sedangkan ibunya baru meninggal dunia.

Azali menjadi marah dan mahu menghantar Fatonah ke rumah kebajikan. Namun dihalang ayahnya dan tiba-tiba Paktam juga mengalami serangan jantung dan meninggal dunia. Azali bertambah sedih apa yang terjadi. Azali membuat keputusan kembali ke bandar namun dia teringat pesan ayahnya supaya menjaga Fatonah. 

Azali dan Fatonah tinggal berdua. Part ni lah yang membuatkan air mata jatuh. Huhu. Fatonah diganggu oleh orang kampung. Fatonah merayau di kampung. Hal ini membuatkan Azali memghantar Fatonah ke rumah ketua kampung. Lagipun Azali tak nak orang kampung salah anggap, tak manis untuk mereka tinggal bersama.

Satu hari, Azali menghantar barang dapur ke rumah ketua kampung dan ingin berjumpa Fatonah. Namun, Fatonah tak ada. Ketua kampung mengatakan Fatonah kerap keluar dari pagi hingga petang. Rupanya Fatonah di tipu. Dia disuruh berkerja di warung kalau nak berjumpa Azali kembali. 

Azali menjumpai Fatonah yang sedang membasuh pinggan di warung. Azali membawa balik Fatonah ke rumah dan membuat keputusan berkahwin. 

Setelah berkahwin, mereka pindah ke bandar agar mudah Azali nak berkerja. Satu hari, Fatonah hilang. Azali menjadi runsing bila Fatonah tak balik! Azali mencari-cari Fatonah. 

Ditakdirkan, Fatonah dilanggar kereta dan dimasukkan ke hospital. Azali sedih melihat keadaan Fatonah, namun dia redha dengan apa yang berlaku. 

Akhirnya,Fatonah meninggal dunia. Azali masih merindui Fatonah.

Tamat.. 

Drama ni betul-betul menyentuh perasaan kita yang menonton. Lakonan Nad Zainal memang terbaik! Menjadi.. Cik Rose suka. Begitu juga dengan Redza Rusli. 

Terngiang-ngiang suara Fatonah memanggil Azali.. Azali, Azali... 

Drama-drama sebegini memang Cik Rose suka. Drama yang penuh dengan pengajaran. 

Tahniah buat produksi drama Fatonah Azali. 

8 comments:

  1. seriously k.el dah lama giler tak tengok drama melayu ni..tapi jalan cerita drama ni menarik pulak..tgoklah kalau ada masa boleh curi2 tengok..

    ReplyDelete
  2. Tak tgok lagi cite ni sbb xdan nk hadap... Nnti nk try tgk smula la.. Klo ok nk download trus simpan buat koleksi..hahaha

    ReplyDelete
  3. Best cerita ni, ayu dah tengok jugak..sedih tau. Jalan cerita menarik dan banyak bg pengajaran

    ReplyDelete
  4. Wow! the hero looks so handsome and if i have time i will try to catch this drama.

    ReplyDelete
  5. Teringat masa tgk cite ni kali pertama...dorang kata byk berlakon kat sekitar Ijok sana...

    ReplyDelete
  6. Nad berlakon jadi autism kan..bukan syndrom ke ape..tu la tengok sedih je..last la sedih

    ReplyDelete
  7. Ada tgk tang part dia basuh pinggan. Pastu smpai dia exciden je. Lastnya xtahu camne sbb terlena. Tp masa tgk pun mmng rasa cerita ni menarik sngt. tersentuh juga la hti ni tgk cite tu.

    ReplyDelete
  8. Wah.. TB rasa macam nak tengok je cerita ni lepas baca ulasan dari cik rose ni . nanti TB try search tengok online lah

    ReplyDelete