Wednesday, October 10, 2018

Makan bersama Minum bersama Hiburkan hati

Assalamualaikum. 

Sesekali best juga keluar, jalan-jalan, makan-makan. Hiburkan hati, layankan perasaan. 

Kehidupan seharian yang sibuk kadang kala buat kita rasa penat. Bukan sahaja penat fizikal. Tetapi penat emosi. Betul kan? 

Ada banyak cara untuk kita hilangkan tekanan yang membelenggu diri. Jangan biarkan tekanan itu menguasai diri kita. 

Salah satu cara untuk mengurangkan tekanan adalah makan! Eh eh bukan.. 

Sakah satu caranya dengan keluar ambil angin. Jalan-jalan jer, window shopping ke. Melayan keinginan tekak..

Untuk pencinta kopi yang sejati, haruslah Cik Rose mencari kopi untuk membasahi tekak.. tadaaaa kopi ais milik Cik Rose dan milo ais milik kakak. 


Keluar bersama. Berkongsi cerita dan rasa. Menggamitkan memori kanak-kanak. Kan seronok tu. 

Dah minum-minum, makan jangan dilupakan. Hihi. 
Nasi goreng uols!


Masa berlalu. Masing-masing dah berkerja dan berkahwin. Namun, perlu juga cari masa bersama adik beradik. Sesekali melepas rindu. Bahagia rasa! Kan?

Saling bertukar cerita. Saling bergurau. Minta pendapat. Berkongsi masalah. Aih, setidaknya kita berjaya meluahkan, walaupun tak mampu untuk menyelesaikan. 

Carik-carik bulu ayam. Lama-lama bercantum jugak. Biasalah dalam perhubungan adik beradik, kadang kala berselisih faham. Tapi, itulah yang buat kita sayang kan. 



#lovesiblings 

2 comments: