Ulangtahun Pernikahan Yang Ke Tujuh Yang Membawa Seribu Erti

Assalamualaikum dan selamat malam.

Baru berkesempatan mencoretkan sedikit tentang ulangtahun pernikahan Cik Rose dan suami. 

30 September. Iya, itulah tarikhnya. Di petang Jumaat, Cik Rose selamat dinikahkan. Tarikh yang membawa perubahan ke atas diri Cik Rose dan keluarga. 

Bila difikirkan, terasa begitu cepat masa berlalu. Ulangtahun ke tujuh. Bermakna kami telah melalui tempoh 7 tahun itu bersama. 

Lautan mana yang tidak bergelora, lidah mana yang tidak tergigit. Lumrah kehidupan, begitulah. 

Menerima kejutan dari suami pada tarikh 30 September yang lalu membuatkan hati Cik Rose tersentuh. Kejutan dari orang jauhlah katakan. Hihi. Berjauhan seketika dalam tempoh tiga bulan demi tugas. Hati memang terusik.



Happy Anniversary Sab dan Ros. Mewakili singkatan nama masing-masing. 



Kek sedap sangat. Alhamdulillah. 



Bergambar jugakla Cik Rose kan. Masa ke hadapan nanti, bolehlah throwback kan. 



Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

Terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan dan merakamkan ucapan buat kami. 

Setiap yang terjadi ada hikmahNya. Tak perlu disesali dan tak perlu merungut keterlaluan. 

Usah banding -membandingkan dengan apa yang ada dan tidak ada. Saling mensyukuri setiap yang kita miliki. 

Senyum sahaja ya. 

Meniti tahun ke tujuh, apa yang berubah? Saiz Cik Rose! Hihi.. 

Moga kita semua dikelilingi insan-insan yang penuh kasih sayang dan saling menghargai.

#positivevibes


Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

    Tahniah cik rose,moga sentiasa bahagia & dipermudahkan urusan selalu :)

    ReplyDelete