TIPS SEBELUM MEMAKAI KANTA LEKAP YANG PERLU ANDA TAHU

TIPS SEBELUM MEMAKAI KANTA LEKAP YANG PERLU ANDA TAHU . Tengok orang pakai kanta lekap(contact lens), cantik je kan. Sampai kan, Cik Rose pernah teringin nak pakai dulu. 

Tapi, memang tak berani pakai. Bayangkan nak pakai eyeliner pun dah menangis bagai. Berjujuran air mata yang gugur tau. Mata sensitif. Itu yang tak teruskan hasrat nak cuba pakai lens. 

Ok, sedang Cik Rose tengok facebook, ternampak pula perkongsian dari Kementerian Kesihatan. 

Tips Sebelum Memakai Kanta Lekap. 

Jadi, Cik Rose kongsikan di sini, moga bermanfaat buat mereka yang sedan gtercari-cari info mengenai kanta lekap ni. 


Tips Sebelum Memakai Kanta Lekap. 

1.Dapatkan pemeriksaan mata.
Daripada pegawai optometri untuk mengetahui samada sesuai atau tidakuntuk memakai kanta lekap.Ini penting tau. Jangan main beli jer, terus pakai. Bahaya dik. 

2. Jenis Rabun Anda.
Dapatkan preskripsi rabun mata anda yag terkini. Iye, jangan ikut yang lama pula. Kadang-kadang ada yang menurun, dan ada pula yang meningkat. Korang jangan hentam jer pulak.. hikhik.

3.  Minat Peribadi.
Jenis lembut lebih digemari berbanding RGP kerana lembut dan lebih selesa. Yang ini, Cik Rose tak pasti, sebab tak pernah ada pengalaman pakai contact lens. Kena tanya pada mereka yang dah pernah pakai :)

4. Gaya Hidup / Pekerjaan.
Kenal pasti keadaan sekeliling anda samada sesuai untuk memakai kanta lekap. Ini memang penting. Korang kena tahu risikonya kalau pakai. Adakah kanta lekap ni selamat dengan kerja yang akan korang lakukan. Atau adakah dengan memakai cermin mata lebih selesa dan selamaat. 

5. Tempoh Memakai Kanta Lekap.
Pastikan kanta lekap dipakai mengikut kesesuaian jenis kanta lekap. Yang ini memang korang kena tahu. Jangan pakai dalam masa yang lama. 


Ok, sekian. Ada yang di sini memang pakai kanta lekap? Angkat tangan sikit !


Post a Comment

11 Comments

  1. sama lah mesti menangis kalau pakai lens. Selesa pakai spek daripada lens walaupun kadang2 lenguh batang hidung :P

    ReplyDelete
  2. tips yg berguna utk si pemakai contact lens

    ReplyDelete
  3. Sally memang jenis malas, so decided tak pahai kanta lekap unless kalau terpaksa..hahaha...bagus semua tips ni kak, mmg wajib kena tahu kalau nak jd pemakai kanta lekap

    ReplyDelete
  4. Zaza pun pakai lens sb rabun jauh.. Pakai pun kalau nk pergi event2 atau berjalan..

    ReplyDelete
  5. Kalau ada duit nak p repair mata rabun ni..sbb mls nak pakai lens bagai...tp naknwat cm mano..spek pun x repair2 lg ni haha..pakailah dulu lens..tp kena jaga juga mata

    ReplyDelete
  6. Saya tak boleh pakai takut tak boleh keluar, sebab mata sepet. Dan risau ada effect lain

    ReplyDelete
  7. tengok orang pakai pelengkap mata, teringin nak pakai, tapi takut..hehee..nak masukkan dalam mata..

    ReplyDelete
  8. Dulu pernah cuba untuk pakai kanta lekap, tapi rasa x selesa dan lebih rimas dr pakai cermin mata..so sampai skrg kekal dengan cermin mata

    ReplyDelete
  9. ha yang ni memang kena hati2 buat sesiapa yang guna kanta lekap..

    ReplyDelete
  10. Akak pakai kanta lekap bila keluar je rose tu pun kadang kadang. Kanta lekap tak boleh pakai lebih 8 jam. Bahaya

    ReplyDelete
  11. Kita takde keberanian nak pakai kanta lekap ni haaa..
    Biarlah tak nampak sesuatu kelainan.. asalkan jngan la paksa pakainya. Takut.

    ReplyDelete