6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH OLEH YB HANNA YEOH TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. Assalamualaikum. Selamat malam uols.

Siapa yang tak kenal YB Hanna Yeoh,  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 


Menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa pada masa kini, bila harus meninggalkan anak-anak pada pengasuh. Bukan mudah mahu meninggalkan anak-anak dengan pengasuh. Tapi, apa boleh buatkan. Tuntutan tugas dan tanggungjawab yang digalas, meletakkan mereka harus membuat keputusan sedemikian.

Ada yang mengharapkan ibu bapa pula untuk menjaga cucu. Susah nak bercakap soal ini. Ada yang kerana kasih sayang, nenek atok sanggup untuk menjaga cucu. Namun, janganlah di ambil remeh, dengan meletakkan 100% tanggungjawab di atas bahu mereka. Kasihanilah ibu bapa kita. 

YB Hanna Yeoh berkongsi tips untuk hantar anak ke pengasuh.

Bagus tips ni untuk ibu bapa muda zaman ini. Boleh dijadikan sebagai panduan sebelum membuat keputusan menghantar anak ke pengasuh. 




6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH UNTUK IBU BAPA 

1. Kenalpasti jumlah isi rumah yang tinggal bersama pengasuh. Contohnya nama, umur, pekerjaan, dan waktu mereka berada di rumah.

2. Memastikan pengasuh tidak membiarkan anak diasuh oleh orang lain.

3. Ketahui jumlah dan siapa pelawat yang sering datang ke rumah pengasuh.

4. Ibu bapa perlu rajin melakukan pemeriksaan mengejut.

5. Perhatikan tingkah laku dan renspon bayi semasa menghantar dan mengambil bayi. Contohnya: Adakah anak-anak suka atau takut apabila di bawa ke rumah pengasuh.

6. Tanya kepada anak mengenai aktiviti yang sering dilakukan pengasuh pada setiap hari. 


Moga perkongsian ini bermanfaat.