Friday, November 16, 2018

6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH OLEH YB HANNA YEOH TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH OLEH YB HANNA YEOH TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT. Assalamualaikum. Selamat malam uols.

Siapa yang tak kenal YB Hanna Yeoh,  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 


Menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa pada masa kini, bila harus meninggalkan anak-anak pada pengasuh. Bukan mudah mahu meninggalkan anak-anak dengan pengasuh. Tapi, apa boleh buatkan. Tuntutan tugas dan tanggungjawab yang digalas, meletakkan mereka harus membuat keputusan sedemikian.

Ada yang mengharapkan ibu bapa pula untuk menjaga cucu. Susah nak bercakap soal ini. Ada yang kerana kasih sayang, nenek atok sanggup untuk menjaga cucu. Namun, janganlah di ambil remeh, dengan meletakkan 100% tanggungjawab di atas bahu mereka. Kasihanilah ibu bapa kita. 

YB Hanna Yeoh berkongsi tips untuk hantar anak ke pengasuh.

Bagus tips ni untuk ibu bapa muda zaman ini. Boleh dijadikan sebagai panduan sebelum membuat keputusan menghantar anak ke pengasuh. 




6 TIPS HANTAR ANAK KE PENGASUH UNTUK IBU BAPA 

1. Kenalpasti jumlah isi rumah yang tinggal bersama pengasuh. Contohnya nama, umur, pekerjaan, dan waktu mereka berada di rumah.

2. Memastikan pengasuh tidak membiarkan anak diasuh oleh orang lain.

3. Ketahui jumlah dan siapa pelawat yang sering datang ke rumah pengasuh.

4. Ibu bapa perlu rajin melakukan pemeriksaan mengejut.

5. Perhatikan tingkah laku dan renspon bayi semasa menghantar dan mengambil bayi. Contohnya: Adakah anak-anak suka atau takut apabila di bawa ke rumah pengasuh.

6. Tanya kepada anak mengenai aktiviti yang sering dilakukan pengasuh pada setiap hari. 


Moga perkongsian ini bermanfaat.


10 comments:

  1. good sharing...dan bagi ibubapa yang mencari pengasuh tu kena kenal dulu latarbelakang kan

    ReplyDelete
  2. no 5 tu yang paling pentung kerana jika anak kuta verapa suka apabila dihabtar bermakna ada sesuatu yang tidak kena sebab kanak kanak apabila dapat layanan yabg baik dua ajan gembura apabila dihantar ke pengasuh.

    ReplyDelete
  3. Skg ni memang satu kerisauan kan nak cari pengasuh.. Terlalu banyak kes2 penderaan bayi melibatkan pengasuh.. Apa pun ibu2 bapa moga berhati2 dalam mencari pengasuh yg betul

    ReplyDelete
  4. Betul kak...kakak Sally ni pengasuh dia nak g umrah pun terpaksa cari ganti seminggu...dengar berita skrg jd seram...lastly Sally je yg jaga senang

    ReplyDelete
  5. ada dengar ni kat Tv haritu. ye lah, banyak kes penderaan bayi sekarang ni. Bayi yang kecik lagi pulak tu. tips ni sangat berguna untuk semua parents. good sharing :)

    ReplyDelete
  6. Kawan Iday hari tu, hari pertama dia stay, sebab dia check macam mana layanan diorang. Abang iday dulu pernah kena, anak dia asyik tidur, siap kena paksa tidur satu hari. Kesian budak tu. Last2 tukar pengasuh. Sekarang seram la nak hantar ke pengasuh, kena pilih betul2

    ReplyDelete
  7. Wah bagus info ni. Mmg ptut buat cmni..sbb pengasuh skrg suka pass anak kt org lain jaga..

    ReplyDelete
  8. Akak sebelum anta anak kat oengasuh memang akak akan datang ke rumah pengasuh dulu. Sesi berkenalan.selalu akak akan siasat dia dah berapa tahun berpengalaman jaga anak orang.

    ReplyDelete
  9. Tips yang sangat berguna..thanks

    ReplyDelete
  10. Tq ada tips yg berguna macam ni. Macam ayu tawakal sahaja bila anak di rumah pengasuh, doa yang baik2

    ReplyDelete