Althea Petal Velvet Sunaway Produk Terbaru dari Althea Korea | Assalamualaikum. Selamat petang. Cik Rose nak tanya, korang pakai tak sunscreen atau sunblock dalam rutin penjagaan wajah korang? Ke Cuma pakai pembersih wajah je? Atau tambah toner dan krim siang sahaja?




Nak tahu tak, sunblock ni penting sangat tau kalau korang selalu terdedah dengan sinar UV. Cik Rose pun dulu tak pernah tahu kepentingan sunscreen untuk kulit wajah. Ingatkan dah pakai pembersih, toner, dan krim dah cukup. Sejak kebelakangan ni, selalu tengok Instagram tentang penjagaan wajah. Mulalah beli serum, mask, dan scrub. Nampak perbezaan wajah dari sebelum pakai dengan yang terkini.



SUNSCREEN dan SUNBLOCK JADIKAN WAJAH BERMINYAK DAN BERCAPUK


Tapi, bab sunscreen ni susah nak displin. Sebab jumpa yang tak sesuai dengan wajah. Ada yang Cik Rose pakai, jadikan kulit wajah Cik Rose berubah warna. Maklumlah Cik Rose bukannya semulajadi putih. Tiba-tiba lepas pakai sunscreen , berubah pula tona dia. A big no no no for me kalau jenis macam tu tau. Ada pula yang jadikan kulit wajah  berminyak. Bila dah bercampur dengan bedak, bercapuk jadinya. Oh macam mana ni?



Hati Cik Rose berbunga-bunga bila dengar Althea Korea ada keluarkan satu produk baru iaitu Petal Velvet Sunaway. Apa tu? Suncreen uols. Eh, haruslah nak cuba jugak. Sebab sebelum ni Cik Rose pernah cuba SKINCARE ALTHEA- BARE ESSENTIALS dan FACIAL MASK - Real Fresh Skin Detoxer.







Althea Petal Velvet Sunaway Produk Terbaru dari Althea Korea


Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah krim ringan yang diformulasikan dengan hyaluronic acid & damask rose extracts. Apakah fungsinya? Ia yang akan melindungi kulit kita dari sinar UV dan  memastikan kulit kita menjadi segar dan tidak kering sepanjang hari. Dan ianya mengandungi SPF 50+ & PA++++, jadi kulit kita akan terlindung sepanjang hari.  Oh I like it!



BAHAN UTAMA DALAM ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY


Damask rose ekstrak Membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat.

Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak geranium – Menjadikan kulit lebih berseri dan menyembuhkan jerawat



APA YANG MENJADIKAN ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY NI BEST?


Teksturnya RINGAN. Ni yang Cik Rose suka ni tau. Bila pakai tu, rasa macam tak pakai apa-apa. Dia cepat meresap ke dalam kulit tau. Tak ada kesan berminyak pun. Contohnya setiap pagi, Cik Rose pakai sunscreen ni, lepas tu pakai krim muka atau foundation, tak adalah Nampak bercapuk atau berminyak. Elok je macam biasa.

Lagi satu yang best adalah ia  TIDAK MENINGGALKAN KESAN PUTIH PADA WAJAH. Kebanyakkan sunscreen ni akan merubah tona wajah Cik Rose. Nampak macam pakai krim pemutih pula. Bila dah lama-lama di biarkan mulalah seakan kelabu warna kulit ni. Tu yang minat tu. 




RAHSIA WAJAH LEBIH BERSERI DAN GLOWING


Wah semestinya ada tips kecantikan. Dah pakai sunscreen, macam mana nak dapatkan wajah yang lebih berseri dan glowing pula? Kadang-kadang kita ni duduk rumah, takkan nak berfoundation bagai kan. Kalau keluar tu, mestilah make up sikit-sikit. Tapi, kalau duduk rumah, eh terasa malas pulak nak berhias bagai. Jangan risau, ada penyelesaiaannya. 


Lepas korang pakai sunscreen dari Althea ni, korang boleh pakai Petal Velvet Powder. Ni bukan compact powder yer. Ia adalah loose powder. Cara pakai senang je. Cik Rose suka ratakan dengan berus. Lebih kemas wajah tu nanti. 



Althea Velvet Powder ada 3 kod  iaitu translucent, warm beige dan pink lavender. Kalau tanya CIk Rose, suka yang mana. Semestinya Cik Rose suka pink lavender. Oh ya, pink lavender ni exclusive tau sebab ia dikeluarkan sempena sambuatan ulangtahun Althea yang ke-3 tahun. Yeayy tahniah Althea! 

Harga Althea Petal Velvet Sunaway  dan Althea Velvet Powder


Petal Velvet Sunaway (55ml) - RM 43
Petal Velvet Powder (3g) [#0 Translucent | #23 Warm beige] - RM 16 Each
Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g) - RM 17
Petal Velvet Set [ 1 Petal Velvet Sunaway + 1 Petal Velvet Powder (boleh pilih antara satu) ]RM 53.10




Untuk Info Lanjut :

Website :  http://althea.kr/