Wajah Lebih Lembab dan Anjal dengan L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water

Wajah Lebih Lembab dan Anjal dengan  L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water. Assalamualaikum. Hai.. Selamat petang! Buat apa petang-petang hari ni? Jomlah baca perkongsian Cik Rose ni. 


Terima Sample dari Home Tester Club

Baru-baru ni, Cik Rose ada terima sample dari Home Tester Club.  Dah lama mendaftar. Baru di beri peluang untuk mencuba. Terima kasih! 

Comel je packagingnya. Kiut miut kata orang. hihi. Tapi, comel bukan sebarang comel. Comel yang memiliki banyak kelebihan ni! Ecewah. 


Buat keputusan untuk cuba  L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water

Cik Rose terima je sample tu, tak adalah terus cuba. Cik Rose biar dulu beberapa hari. Almaklum, nak pakai produk penjagaan wajah ni bukan boleh main pakai. Korang jangan main letak je. Sayang kulit wajah kita ni. 

Kebetulan, wajah Cik Rose kering tau. Yelah, kerja di office, terdedah dengan aircond. Lepas tu, pergi dan balik kerja naik motor. Berpanas dan berhujan..Jadi, muka macam kekeringan pulak. Di bahagian pipi, ada kulit yang menggelupas. 

Jadi, Cik Rose buat keputusan untuk mencuba L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water.

Cara Pakai L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water.

Cara Cik Rose, pakai setiap pagi dan sebelum tidur. Cik Rose konsisten pakai setiap hari selama seminggu macam tu. Setiap pagi, lepas cuci muka dan pakai toner, Cik Rose pakai essence water L'oreal ni. Dan pada malam hari, pakai waktu sebelum tidur. 



Apa yang best tentang L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water?

Sejujurnya apa yang Cik Rose adalah kulit wajah Cik Rose rasa lebih lembut. Seronok pula tengok cermin. Bukan lembut jer, wajah jadi lebih lembab. Dah tak ada dah kulit kering di sekitar tepi pipi. 

Cik Rose ada juga baca review orang lain. Mereka yang displin pakai hari-hari. Bukan sahaja lembab dan lembut, tapi wajah jadi anjal! Wow.!

Kesimpulannya, Cik Rose memang berpuas hati dengan L'Oreal Paris Revitalift Centella Essence Water.

Terima kasih Home Tester Club!

Post a Comment

15 Comments

  1. Boleh terus gunakan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. botol pn dh cute ^_^ boleh try gak la cmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tester ni kecil je.. tapi kalau jual di pasaran yang saiz besar :)

      Delete
  3. Lama betul tak follow brand Loreal ni...bagusnya kalau serasi kak..baik teruskan pakai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. mula-mula dapat dok fikir dulu.. nak try ke tak. tapi, try je la.. alhamdulillah , ok :)

      Delete
  4. Feveret brand ni. Suka betul kalau bagi kulit bagi anjal ni. Nanti nak check sbb kulit iday kering sekarang huhu

    ReplyDelete
  5. Bab bab untuk kulit muka ni memnag akak suka. Umur meningkat kenalah jaga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu kak Mimi.. kena jaga dari sekarang :)

      Delete
  6. Ni umur dah meningkat, kena jaga kulit lebih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye.. kena cari yang sesuai.. kulit kita berbeza-beza kan :)

      Delete
  7. cantik view belakang tu...suka tgk....rietta xpernah cuba lg loreal ni...

    ReplyDelete
  8. Pernah nak try loreal tapi harga dia agak ehemm... Tapi ramai kawan2 tempat kerja kata loreal is the best

    ReplyDelete