ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW | MILIKI KULIT WAJAH SEPERTI WANITA KOREA!

ALTHEA BARE ESSENTIALS REVIEW | MILIKI KULIT WAJAH SEPERTI WANITA KOREA! Assalamualaikum. Siapa minat tengok drama Korea? Cik Rose ni memang suka tengok, dan tiap kali tengok artis wanita Korea, mesti berbisik dalam hati. Hai, cantiknya kulit dia. Bersih jer. Kan best kalau dapat kulit bersih macam tu jugak.





Baru-baru ni Cik Rose diberi peluang untuk mencuba set penjagaan wajah dari Korea!   
ALTHEA BARE ESSENTIALS
Siapa yang tak teruja kan. Nak juga tengok sesuai ke tidak dengan wajah melayu Cik Rose ni. hihi. Tadaa... Melihat pada kotaknya yang berwarna pink lembut ni pun dah buat hati Cik Rose berbunga riang.



Apa yang ada dalam kotak Althea ni?

Bare Essentials 3 Step Skincare Routine

  • The Contour Cleanser (150g)
  • The Primer Water (200ml)
  • The Fixer Cream (50g)
  • Bare Essentials Sample Sachet
  • Mirror
  • Althea Marble
Untuk lebih jelas, jom tengok video unboxing dari Cik Rose ni :


Suka betul Cik Rose dengan packaging Bare Essentials ni.Warna putih, nampak minima tapi menarik! 3 langkah penjagaan wajah yang amat penting. Kalau rajin, buatlah lebih seperti pakai mask, scrub, serum dan lain-lain. Tapi, yang asasnya adalah cuci wajah, pakai toner dan krim pelembab. 



Bila dapat sahaja set Althea Bare Essentials ni, Cik Rose berhenti perlahan-lahan pakai set penjagaan wajah sedia ada, kerana tak nak kulit Cik Rose terkejut. Korang pun janganlah main pakai je sembarangan. Nanti tak nampaklah perubahan dan takut pula kulit kita 'terkejut'.



Contour Cleanser  (RM23)

Langkah pertama, pembersih wajah. Jika melihat dari keterangan produk, ia :
  • Mengandungi Kapsul mikro untuk pengelupasan lembut untuk 
  • menghilangkan kulit mati dan memberi kulit baru yang halus mulus.
  • Mengandungi bahan seperti Ice Plant yang juga menghidrat dan membantu mengurangkan  kemerahan, manakala Lemon myrtle kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit.
  • Contour cleanser ini juga dapat memberikan wajah kita V Shape, dengan pemakaian yang berterusan.
Review Cik Rose
Sebaik sahaja kali pertama mencuba, Cik Rose tertarik dengan baunya seakan-akan lemon. Tekstur dia pun ada biji-biji tu. Best sangat bila cuci wajah, macam skrub pulak rasa. hihi. Selesai cuci muka, rasa sejuk je muka. Fresh! I like. Alhamdulillah, sepanjang penggunaan contour cleanser ni, kulit Cik Rose ok jer. Tak ada alahan apa ke, tumbuh jerawat ke. Elok jer, bersih. 
Teruskan penggunaan? YES. Akan diteruskan sebab memang betul-betul best. Dan tak sabar nak dapatkan V Shape. hihi.



Primer Water (RM43)

Langkah kedua selepas mencuci wajah, tentulah toner kan. Ia diformulasi “dewdrops” yang melembutkan kulit dengan perlahan-lahan dan menutupi jurang antara liang roma dan kulit. Ia juga mengandungi bahan seperti snow lotus yang mampu melicinkan dan mencerahkan kulit dan melancarkan keadaan kulit yang tidak sekata.

Review Cik Rose

Serius cakap, yang Cik Rose jarang sangat pakai toner. Beli beria-ia, pakainya tidak. Tapi, bila guna Primer Water dari Bare Essentials ni, lain pula. Asyik nak pakai jer. hihi. Best semacam! Tak buat wajah melekit dan terlalu lembab. So nice orang kata. Sekarang ni, setiap kali lepas cuci wajah, mesti nak pakai Primer Water. Cik Rose perasan, lepas pakai rasa lembut je wajah. Dan nampak licin jer. Teruskan penggunaan? YES. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Nak tampak glowing!



Fixer Cream (RM50)

Langkah ketiga adalah krim pelembab. Iya, itulah Fixer Cream. 
Ia mengandungi :
  • Trehalose – Humectant yang berkuasa mengekalkan kelembapan pada kulit 
  • Teh Hijau Liar – Menghidrat, menenangkan kulit dengan antioksidan
  • Baobab Tree Extract – Ejen pelembap yang tidak berminyak yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen 
Review Cik Rose

Nak displinkan diri sebelum ni pakai krim pelembab memang susah. Sebab kebanyakkan krim pelembab membuatkan wajah Cik Rose kelihatan 'basah' atau berminyak. Walaupun kulit Cik Rose adalah kulit normal, tapi memang tak sesuai kalau pakai krim pelembab. BErbeza dengan Fixer cream ni. Cik Rose pakai, ia tak membuatkan wajah Cik Rose berminyak tapi lebih kepada lembab dan lembut. Asyik nak pegang je wajah sendiri! hikhik. Teruskan penggunaan? YES. Bila pakai fixer cream ni, nak pakai foundation senang je blend. Cantik hasilnya!



Cik Rose sangat berpuas hati dengan Bare Essentials dari Althea ni. Dan Cik Rose berkongsi kebaikannya agar sama-sama kita cantik berseri. Tak nalah sorok-sorok kan. hihi. 

Dengan harganya yang amat berpatutan, kualiti yang terbaik, eh mana nari lagi kan. Cubalah langkah mudah penjagaan wajah Althea Bare Essentials ni. Gerenti tak cari lain. 



Althea juga menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Bare Essentials dan percuma satu unit cermin limited edition. Korang kenalah cepat, takut habis pula cermin tu. 

Untuk makluman lanjut dan pembelian bolehlah ke :

Website : http://www.althea.kr/
Facebook : Althea
Instagram : @altheakorea



#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials

Post a Comment

27 Comments

  1. TB pun suka set Bare Essential ni.. serasi dengan TB juga sebab tak memedihkan muka. bau pun lembut

    ReplyDelete
  2. Comel la mirror dia ada sekali.. Kau beli satu set ni mirror tu dapat sekali tak kak.. 😍 zaza tgk hrga pun mampu milik

    ReplyDelete
  3. Senang je kan! Tiga brg je...selalu kalau skincare bukan main byk lg step

    ReplyDelete
  4. Berseri2 cik rose guna set BE..:)

    ReplyDelete
  5. Mmg best pkai set BE ni che rose...muka jd fresh n lembut

    ReplyDelete
  6. wahhh...nak jugak contour cleanser tu..nak dapatkan muka v shape setelah puas menchubbykan pipi..hahahah

    ReplyDelete
  7. I am also trying make sure i leather the cleanser on my jaw line to make it more define..hehehhe

    ReplyDelete
  8. Ana pun dah guna set BE ni Cik Rose. Memang best sangat. Kulit jadi lagi segar dan lembap. Suka sangat. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  9. Akak suka semua set BE ni..memang akak sentiasa gunakan dan tak pernah culas..rasa nak setia ngan BE jer sebab sangat sesuai dengan kulit akak...

    ReplyDelete
  10. Suka packaging dia so minimalist dan sweet.dah baca banyak review set ni tak sabar nak cuba

    ReplyDelete
  11. Cantiknya ganbar-ganbar cik rose ambik. Pandai. Dan onie pun ada produk ni. Cuma tak sempat review lagi. Mesti best. Paling suka produk ni punya design. Cantik yang amat sgt..hehe

    ReplyDelete
  12. TB suka sangat set Bare Essential ni cik ros.. sebab produk dia tak memedihkan muka bila pakai.. best je.. sejuk je kam

    ReplyDelete
  13. Owh produk Althea ni produk Korea rupanya. Mesti berkualiti tinggi ni kan. Semoga mendapat hasil yang diingini..

    ReplyDelete
  14. Althea ni memang cukup terkenal, kan? Memang banyak dengar positif reviews tentang produk ni dan semuanya rata-rata memang berpuas hati. Apa yang penting, selamat dan selesa pada wajah. :D

    ReplyDelete
  15. Bestnya produk althea nie. Ramai beri review positif. Suka dengan primer dia. Packaging pon comel and nampak bersih dn suci

    ReplyDelete
  16. produk ni sesuai dgn cik rose alhamdulillah..kdg2 certain product bila test xsesuai kn..mayb sbb kulit sensitif...tq share pengalaman cik rose menggunakan produk ni

    ReplyDelete
  17. Gonna try this very soon... Oh my God can't wait to see the great result in my face too..

    ReplyDelete
  18. Firstly mmg suka sgt pada packaging dia. Cantik dan kemas. Tapi bila rmi yg komen produk ni best, haruslah tak sabar nak guna

    ReplyDelete
  19. bagus la lathea ni. keluarkan produk sendiri. tak hanya jual brand luar

    ReplyDelete
  20. Bare Essentials memang bets kan Roae. Akak pun suka pakai. Bau wangi. Kulit pun makin lembut dan cerah tau. Tapi cleanser BE paling best tau. Rasa sejuk berangin je kan

    ReplyDelete
  21. Terbaik juga ya produk Althea ni.
    No wonder la banyak blogger pakai produk ini.

    Nampak selalu di wall saya

    ReplyDelete
  22. Ramai yang review skincare BA althea ni best. Bukan saja kulit cantik malah boleh bagi v shape. Tak sabar cuba juga

    ReplyDelete
  23. Bagus betul produk ni. Harus cuba juga produk ni. Nak juga dapat v shape.

    ReplyDelete
  24. I like the white packaging of Bare Essentials products. To me the Fixer is good. Impress with my skin result. Your skin looks more natural as you not even need makeup on it.

    ReplyDelete
  25. I also got myself a set of Bare Essentials, it's easy to use and convenient for mummies like me who doesn't have much time for too many steps.

    ReplyDelete
  26. wow mcm best je... cantikkk... anyway, sis 1st time dtg sini dan follow. jemput singgah blog sis. TQ :D

    ReplyDelete