Monday, November 26, 2018

MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA

MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA . Assalamualaikum. Hai! Sejak dua menjak ni, Cik Rose suka berkongsi tentang produk kecantikan di laman blog dan juga instagram. Cik Rose kongsikan produk yang Cik Rose dah guna, untuk kebaikan bersama. Ecewah!

Korang nak tahu tak, Althea Korea ada keluarkan satu lagi produk baru selepas Althea Petal Velvet Sunaway . 


Apakah Milk Peel Cream Mask?


Susu? Cream? Buih? Eh bukan! Ianya adalah sejenis masker yang bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati . Aduhai. Cik Rose ni memang suka mask-mask ni. Tapi, ni bukan mask biasa tau. Lain daripada yang lain ni. 





Tengoklah wajah Cik Rose yang super duper excited bila dapat barangan yang datangnya dari Korea ni! Wow, Cik Roselah wanita terbahagia. Haa gittew!




Packaging Milk Peel Cream Mask


Korang tengoklah, saiz botolnya yang sangat praktikal. Mudah di bawa ke mana-mana dengan saiz botolnya ni. Boleh je selit dalam beg make up. Nak bawa travel pun mudah! 

Warna biru lembutnya menyerlahkan lagi serinya, membuat kita rasa nak pakai, dan nak pakai lagi!




Kandungan Milk Peel Cream Mask


Ianya mengandungi ekstrak AHA dan BHA, yang membantu pengelupasan kulit yang lembut tetapi efektif untuk menanggalkan sel kulit mati. Ia juga dirumus dengan ekstrak protein dari susu untuk merangsang semula dan melembapkan kulit. Hasilnya kulit korang menjadi lebih sihat dan lebih anjal. Tapi, kena konsistenlah uols. Jangan sekali pakai je tau. 

Tengoklah kotak susu kat bawah ni. Jangan terpedaya. hihi. Bukan susu. Tapi, bila dah pakai macam letak susu je di muka! Hihi.






Cara Guna Althea Milk Peel Cream Mask


Picitkan mask dan sapu ke seluruh wajah. Basahkan dahulu wajah korang seeloknyalah. Biar lembap-lembap gitu.  Boleh je sama ada nak sapu tebal atau pun nipis. Teksturnya seakan tanah liat, tapi bila dah rata ke seluruh wajah, macam whipped cream pulak. Lepas tu,  tunggu sehingga ia bertukar menjadi buih halus dan urut seluruh wajah. Biarkan dalam 30 - 60 saat dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Sebab tu, Cik Rose cakap macam magik. Dia boleh berubah tekstur. Korang kenalah cuba dulu. Memang best. Lepas bilas dengan air suam tu, kulit akan terasa lebih lembut tau. Licin je rasa, mulalah asyik nak tengok cermin. Hahaha.



Untuk lebih jelas, jomlah tengok video yang Cik Rose hasilkan ni :




Review dari Cik Rose tentang MILK PEEL CREAM MASK DARI ALTHEA KOREA 


Secara jujurnya, memang Cik Rose akan cadangkan untuk korang yang masih tercari-cari mask yang sesuai dengan wajah korang. Sebab, ianya memang berkesan dengan Cik Rose. Cukup  jika korang pakai dua kali seminggu. Hasilnya memang terbaik!

Kulit jadi lebih lembut dan lembap. Cik Rose sendiri rasa perubahan setelah memakainya. Agaknya produk Korea ni memang serasi sangat dengan kulit Cik Rose. Eh perasan kejap. hihi. 

Mask ni,  sangat sesuai untuk semua jenis kulit sama ada  kulit jenis kombinasi, liang pori besar, atau pun kulit kering. Eh pendek kata, sesuai untuk semua!






Milk Peel Cream Mask ni didatangkan dengan saiz 50ml dengan  harga  RM36.00. Kalau korang beli sekarang, ada diskaun sebanyak 10%. Boleh beli di https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Untuk makluman lanjut,  korang boleh tengok di laman web, instagram dan facebook Althea.




9 comments:

  1. comel je botol dia, bagus jugak ada pek macam ni mudah nak bawa ke mana2 je

    ReplyDelete
  2. Milk Peel Cream Mask adalah produk eksklusif terbaru dari Althea

    ReplyDelete
  3. Ramai dah cuba produk ni. Rata-rata kata best. Rasa macam teringin nak pakai jugak. Packingnya pun alahai.. Cute la..

    ReplyDelete
  4. Sangat fresh, bersih dan lembut kulit lepas guna Althea Milk Peel fresh ni. Tak rugi mencuba :)

    ReplyDelete
  5. Dah try ke Althea ni, Okey tak pakai

    ReplyDelete
  6. Best kan guna milk peel ni.. Bau pun sedapp sukaaa

    ReplyDelete
  7. kan tengok botol dah menarik..nad belum cuba lagi tapi tengok orang pakai best sangat sbb magic, bertukar buih lepas tu mask..

    ReplyDelete
  8. I read many good reviews about this products and going to try it soon.

    ReplyDelete
  9. Alahaii comelnya packaging dia. Tak pernah lagi cuba milk peel macam syok pulak tengok

    ReplyDelete