Althea Petal Velvet Sunaway Produk Terbaru dari Althea Korea

Althea Petal Velvet Sunaway Produk Terbaru dari Althea Korea | Assalamualaikum. Selamat petang. Cik Rose nak tanya, korang pakai tak sunscreen atau sunblock dalam rutin penjagaan wajah korang? Ke Cuma pakai pembersih wajah je? Atau tambah toner dan krim siang sahaja?




Nak tahu tak, sunblock ni penting sangat tau kalau korang selalu terdedah dengan sinar UV. Cik Rose pun dulu tak pernah tahu kepentingan sunscreen untuk kulit wajah. Ingatkan dah pakai pembersih, toner, dan krim dah cukup. Sejak kebelakangan ni, selalu tengok Instagram tentang penjagaan wajah. Mulalah beli serum, mask, dan scrub. Nampak perbezaan wajah dari sebelum pakai dengan yang terkini.



SUNSCREEN dan SUNBLOCK JADIKAN WAJAH BERMINYAK DAN BERCAPUK


Tapi, bab sunscreen ni susah nak displin. Sebab jumpa yang tak sesuai dengan wajah. Ada yang Cik Rose pakai, jadikan kulit wajah Cik Rose berubah warna. Maklumlah Cik Rose bukannya semulajadi putih. Tiba-tiba lepas pakai sunscreen , berubah pula tona dia. A big no no no for me kalau jenis macam tu tau. Ada pula yang jadikan kulit wajah  berminyak. Bila dah bercampur dengan bedak, bercapuk jadinya. Oh macam mana ni?



Hati Cik Rose berbunga-bunga bila dengar Althea Korea ada keluarkan satu produk baru iaitu Petal Velvet Sunaway. Apa tu? Suncreen uols. Eh, haruslah nak cuba jugak. Sebab sebelum ni Cik Rose pernah cuba SKINCARE ALTHEA- BARE ESSENTIALS dan FACIAL MASK - Real Fresh Skin Detoxer.







Althea Petal Velvet Sunaway Produk Terbaru dari Althea Korea


Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah krim ringan yang diformulasikan dengan hyaluronic acid & damask rose extracts. Apakah fungsinya? Ia yang akan melindungi kulit kita dari sinar UV dan  memastikan kulit kita menjadi segar dan tidak kering sepanjang hari. Dan ianya mengandungi SPF 50+ & PA++++, jadi kulit kita akan terlindung sepanjang hari.  Oh I like it!



BAHAN UTAMA DALAM ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY


Damask rose ekstrak Membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat.

Asid hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak geranium – Menjadikan kulit lebih berseri dan menyembuhkan jerawat



APA YANG MENJADIKAN ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY NI BEST?


Teksturnya RINGAN. Ni yang Cik Rose suka ni tau. Bila pakai tu, rasa macam tak pakai apa-apa. Dia cepat meresap ke dalam kulit tau. Tak ada kesan berminyak pun. Contohnya setiap pagi, Cik Rose pakai sunscreen ni, lepas tu pakai krim muka atau foundation, tak adalah Nampak bercapuk atau berminyak. Elok je macam biasa.

Lagi satu yang best adalah ia  TIDAK MENINGGALKAN KESAN PUTIH PADA WAJAH. Kebanyakkan sunscreen ni akan merubah tona wajah Cik Rose. Nampak macam pakai krim pemutih pula. Bila dah lama-lama di biarkan mulalah seakan kelabu warna kulit ni. Tu yang minat tu. 




RAHSIA WAJAH LEBIH BERSERI DAN GLOWING


Wah semestinya ada tips kecantikan. Dah pakai sunscreen, macam mana nak dapatkan wajah yang lebih berseri dan glowing pula? Kadang-kadang kita ni duduk rumah, takkan nak berfoundation bagai kan. Kalau keluar tu, mestilah make up sikit-sikit. Tapi, kalau duduk rumah, eh terasa malas pulak nak berhias bagai. Jangan risau, ada penyelesaiaannya. 


Lepas korang pakai sunscreen dari Althea ni, korang boleh pakai Petal Velvet Powder. Ni bukan compact powder yer. Ia adalah loose powder. Cara pakai senang je. Cik Rose suka ratakan dengan berus. Lebih kemas wajah tu nanti. 



Althea Velvet Powder ada 3 kod  iaitu translucent, warm beige dan pink lavender. Kalau tanya CIk Rose, suka yang mana. Semestinya Cik Rose suka pink lavender. Oh ya, pink lavender ni exclusive tau sebab ia dikeluarkan sempena sambuatan ulangtahun Althea yang ke-3 tahun. Yeayy tahniah Althea! 

Harga Althea Petal Velvet Sunaway  dan Althea Velvet Powder


Petal Velvet Sunaway (55ml) - RM 43
Petal Velvet Powder (3g) [#0 Translucent | #23 Warm beige] - RM 16 Each
Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g) - RM 17
Petal Velvet Set [ 1 Petal Velvet Sunaway + 1 Petal Velvet Powder (boleh pilih antara satu) ]RM 53.10




Untuk Info Lanjut :

Website :  http://althea.kr/


Post a Comment

15 Comments

  1. Menarik jer produk tu nanti nak try usha la

    ReplyDelete
  2. wah cantiknya packaging! pink pink githew

    ReplyDelete
  3. Packaging tu cntik sgt pink2 gitu. Sunscreen sgt penting sbb pelindung wajah. N kalau nak tahu sunscreen lebih bagus dari sunblock sbb sunscreen smbil hindar sinaran uv ia menyerap vitamin yang baik ntk bekalan kulit kita.

    ReplyDelete
  4. Memang tengah mencari sunblock ni. Sebab memang selalu terdedah ngn cahaya. Nti CR terjah website althea.

    ReplyDelete
  5. Ramai zira tengok pakai produk ni mesti bagus, pakaging pun comel

    ReplyDelete
  6. Memang betul kalau kita pakai sunscreen yg tak sesuai memang muka akan bercapuk, dah ada pengalaman.

    ReplyDelete
  7. Jujurnya Sally la antara makhluk manusia yg liat nak guna sunblock kak..hahahaha...rasanya malas sungguh~

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn kak ros. Susah gila nak cari sunblock yg serasi dgn kulit muka. Althea Petal Velvet Sunaway ni nmpk menarik..

    ReplyDelete
  9. Sunscreen ni mmg penting.. Takde sunscreen boleh rosak skin barrier kita... Wawa serasi dgn sunscreen althea..

    ReplyDelete
  10. Yes! I m currently using this sun protection too. Love the texture and finishing.

    ReplyDelete
  11. Sally ni palaing malas nak guna sunblock sebab selalu kalau guna je rasa melekit...yg ni akak review nmpk rinagn je tekstur dia...mgkn boleh cuba!

    ReplyDelete
  12. Bab sunscreen bercapuk tu setuju sgt sebab tu sy tak pakai sunscreen. So, baca pasal Althea ni, nak try juga la

    ReplyDelete
  13. TB suka sangat Set Althea Velvet punya produk.. memang terbaikkkk.. rasa macam lembut ringan dan sesuai je dengan muka semua produk dia

    ReplyDelete
  14. yeah, no more sticky sunblock!
    and the packaging is nice

    ReplyDelete
  15. Zaza suka sunscreen petal ni.. Minat dekat bau dia.. Sedap.. Rasa bau2 herba.. Pastu bila pakai memang ringan je rasa

    ReplyDelete