Wednesday, November 07, 2018

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA DI ASTRO RIA

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA DI ASTRO RIA. Assalamualaikum. Selamat malam. Drama Isteri Untuk Disewa baru je ditayangkan minggu ni. Dah pun episod ketiga. Drama ni menggantikan Drama Encik Ngok Ngek tu. hihi.

Drama ni memang Cik Rose tunggu. Nak tahu kenapa? Sebah ada Tiz Zaqyah. Cik Rose ni peminat Tiz. Best lakonan dia. Dahlah cantik. hihi. Cik Rose suka suara Tiz tu. Bila dia berdialog, best je suaranya.


Ok, macam biasa, Cik Rose kongsikan sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa ini, lakonan Tiz Zaqyah dan Fattah Amin. Hero Malaya. hihi. Cik Rose tahu ramai yang minat Fattah kan? Baik mengaku. hihi.

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Suspen tak uols? 


Drama ni adalah adaptasi sebuah novel, karya Syamnuriemil.


WATAK PELAKON ISTERI UNTUK DISEWA

Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan
Lia Natalia sebagai Rhianna
Daniella Sya sebagai Natasha
Shah Kimin sebagai Bob
Nynaa Harizal sebagai Isabella
Daaim Jailani sebagai Ray
Zul Helmy sebagai Adnan
Nelissa Edreena sebagai Irdina
Sherry Aljeffri sebagai Tok Nek
Aleza Shadan sebagai Tengku Rhaniah
Rashidah Jaafar sebagai Irma
Kazar sebagai Imran

Selamat menonton!



No comments:

Post a Comment