Ucapkan Alhamdulillah | Syukur Untuk Setiap Yang Ada dan Yang Tiada

Ucapkan Alhamdulillah | Syukur Untuk Setiap Yang Ada dan Yang Tiada. Assalamualaikum. Hai! 

Cik Rose ada tengok kata-kata di bawah di instagram Mizz Nina. Cik Rose rasa tersentuh dan ingin kongsikan di laman blog sendiri.


Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tidak dapat dimiliki.

Kuncinya senang sahaja. Syukur. Ya Syukur. Ucaplah Alhamdulillah. Janganlah mempersoalkan apa yang kita tiada, dan melupakan apa yang kita ada. 

Setiap apa yang berlaku, bukan saja-saja berlaku. Semuanya bersebab. Mungkin sekarang, kita tak nampak. Di masa hadapan, baru kita sedar mengapa ianya terjadi. 

Mungkin apa yang kita suka, belum tentu terbaik buat diri kita. Dan apa yang kita kurang gemar, itulah yang terbaik buat diri kita. 


Post a Comment

0 Comments