CARA MUDAH BUAT OVERNIGHT OATS UNTUK SARAPAN SETIAP HARI

CARA MUDAH BUAT OVERNIGHT OATS UNTUK SARAPAN SETIAP HARI. Assalamualaikum. Overnight oats. Ada yang suka tak? Makan waktu sarapan, alahai sedapnya. Letak pula macam-macma kat dalam tu. Memang kenyanglah!


MACAM MANA NAK BUAT OVERNIGHT OATS YANG MUDAH


Rasanya ramai yang dah tahu kan cara nak buat overnight oats. Memang mudah sangat. Sediakan waktu malam, dna esoknya dah boleh makan untuk sarapan. Alhamdulillah, kenyang dan berkhasiat gitu.

Tapi, macam Cik Rose ni lain sikit. Kalau korang nak tahu, Cik Rose dah sebulan cuba untuk amalkan eat clean dan makan makanan yang berkhasiat. Campur-campur. Taklah clean sangat. Hihi.

Jadi, menu sarapan memang bertukar-tukar. Kadang-kadang makan telur, buah atau roti. Sesekali tekak nak manis pula. Tu yang makan oats.


LAGI SUKA MAKAN OATS YANG DISEDIAKAN WAKTU PAGI BERBANDING MALAM


Ya, itulah Cik Rose. Cik Rose dah cuba buat waktu malam dan buat waktu pagi. Ternyata, Cik Rose lebih gemar yang buat waktu pagi. Kita boleh je buat ikut selera kita kan.

Oats yang Cik Rose sediakan waktu pagi:





Cara sediakan oats senang jer


Cara Cik Rose macam ni :
Letak 3 sudu oats. Campurkan susu coklat. Letakkan buah-buahan yang dipotong kecil. Kalau ada badam, boleh letak jugak! Hasilnya memang sedap! Cik Rose suka letakkan buah-buahan yang masam-masam manis. Contohnya epal hijau, kiwi dan oren. 

Cik Rose akan sediakan dalam pukul 6.30 pagi macam tu. Bawa bekal pergi office. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu, Cik Rose makan. Pada selera Cik Rose lebih sedap kalau buat pagi berbanding malam. Kalau buat malam, macma kembang sangat oats nya. 

Sebab tu Cik Rose pilih buat waktu pagi. Laju je makan nanti. Habis. Kalau buat waktu malam, terkulat-kulat nak habiskan. 

Oats yang di bawah ni pula, tak ada kiwi. Dah habis. hihi.



Kalau ikutkan ramai yang letak yogurt kan. Tapi, Cik Rose memang tak letak. Cik Rose dah pernah letak. Dan Cik Rose tak berapa nak gemar rasa yogurt tu kot. Jadi cepat muak bila makan. Bila tak letak ni, lagi sedap pada Cik Rose. 

Lagi satu, bila buat pagi, lebih sedap. Kalau buat malam, macam kembang gitu. Korang try la. Tapi, ikut selera masing-masing kan.

Makan oats ni cepat je kenyang. Tapi, Cik Rose tak dapat nak makan hari-hari. Bertukar-tukar selera. hihi.  




Post a Comment

11 Comments

  1. klu buat mlm pagi tu kene trs makan... kalu lwt2 sgt dia jd sangat pekat kita lak tak lalu...
    akak pun sama suka buat subuh tu utk mkn pagi... tp skrg dh jarang bt oat nih

    ReplyDelete
  2. kita tak boleh la overnight oats ni cik rose..tak lalu kat tekak sebab da sejuk dan kembang kan semalaman..biasa makan oat dalam air teh atau milo panas aje..kalau buat pagi2 macam cik rose tu, maybe bole la kot telan sebab tak terlalu kembang & muak oatnye..

    ReplyDelete
  3. suka overnight oats lagi. Lagi-lagi letak buah tu.

    ReplyDelete
  4. sedapnya cmpur buah...rietta mmg xboleh makan oat, sbb kembang...tpi rietta ada cuba rolled oats..mcm xkembang sangat...

    ReplyDelete
  5. Sedap ni.. Oat tambah dengan susu pun mmg best

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap ni Boleh try buat untuk menu eatclean ni. hehehe ..thanks share rose

    ReplyDelete
  7. I love overnight oats and have them very regularly. Its very nutritious breakfast or snacks.

    ReplyDelete
  8. Sally prefer guna susu biasa lagi...hahaha...sbb nak rasa buah² tuuu..hahaha

    ReplyDelete
  9. Kita pulak kalau oats suka campur dalam air milo. Hee

    ReplyDelete
  10. Zira jarang makan oat pagi2, Kalau makan biskut oat okey juga sedap

    ReplyDelete