Doa Qunut dan Maknanya Dalam Rumi

Doa Qunut dan Maknanya Dalam Rumi


Assalamualaikum. 

Sedikit perkongsian dengan para pembaca blog. Doa Qunut. Hari-hari kita baca Doa Qunut dalam solat. Jom kita ambil tahu maksudnya dan hayatinya.




Cik Rose kongsikan juga ejaan dalam rumi. Ada yang tidak dapat baca dalam jawi kan. Untuk permulaan, bolehlah belajar dalam tulisan  rumi. Nanti, perlahan-lahan belajar baca dalam tulisan jawi.


Doa Qunut Dalam Rumi


Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Wa-astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.


Tak semua faham maksudnya, jadi tak salah kiranya Cik Rose nak berkongsi. Sama-sama kita baca dan kongsikannya. 


Maksud Doa Qunut Dalam Rumi


Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Moga bermanfaat.

2 comments:

  1. Aamiin. Untuk info tambahan: kalau berjemaah dan kita jadi imam, 4 ayat terawal tu kita kena baca kuat dan tukar kan hujung tu ('ni') kepada 'na' yang bermaksud 'kami' :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.