POSITIVE QUOTES | TETAPLAH KUAT SEPERTI SELALU

POSITIVE QUOTES | TETAPLAH KUAT SEPERTI SELALU. 

Lumrah kehidupan. Tak selalu di atas. Kadang-kadang kita meniti jalan di bawah. Langit tak selalunya cerah. Biasalah kan. 

Saban hari, ada saja berita atau cerita duka yang Cik Rose terima. Tabahnya mereka. Kuatnya mereka. Detik Cik Rose di hati. 

Sebab itu, ia membuka mata Cik Rose. 

Kadang kala Cik Rose sedih dan letih dalam sesuatu hal. Bila difikirkan, ujian aku kecil sangat nak dibandingkan dengan yang lain. Jika mereka boleh lalui, kenapa aku perlu mengeluh?

Kadangkala fikiran dan tenang, dah boleh jalani seperti biasa. Ada pula cakap-cakap yang menyentuh kembali rasa hati. Jika dahulu, Cik Rose sekadar tersenyum dan diam. Kini tidak lagi. Cik Rose dah mula bersuara. Bukan berubah drastik. Ianya perlu. Mempertahankan hak sendiri. hihi. 


For you :


I know these difficult days can sometimes feel like they are breaking you. The weight might almost feel too much. But, believe me when I tell you :
I have seen your strength. I have felt the kindness of your ever loving heart. I have witnessed how capable an brave you truly are on so many occasions and I know with absolute certainty that this is something you can get through. And you do not have to get through it alone.



Untuk semua yang Cik Rose sayangi, tetaplah kuat. Cik Rose tak mampu berada dekat dengan anda. Namun, Cik Rose sentiasa doakan yang baik-baik untuk semua. Kadangkala kita ni sukar nak tunjukkan rasa sayang. Namun, dalam  hati siapa yang tahu :)



1 comment:

  1. terima kasih cik rose. semua kata kata tu berbalik pada cik Rose juga ;)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.