Pore Purifying Serum Cleanser
Althea | Bertindak Menanggalkan Makeup dan Merawat Kulit Wajah. Ramai yang suka
bersolek (make up) setiap hari kan. Tak kisahlah make up heavy atau sekadar
solekan nipis. Macam Cik Rose, setiap hari ke tempat kerja. Pakai juga make up.
Tapi,simple-simple je la. Tak berat pun. Sekadar memakai krim wajah, compact
powder, blusher, eye shadow dan lipstick. Kalau hari yang rajin, barulah pakai
foundation. Hihi.
Selepas makeup, mestilah kita
akan cuci wajah kan. Untuk solat. Korang cuci muka dengan apa untuk tanggalkan
make up? Kalau hanya guna cleanser biasa, tak akan dapat menanggalkan
keseluruhan wajah. .Ada yang guna tisu basah atau miccelar water dahulu,
kemudian barulah pakai cleanser.
Sejak dua menjak ni, Cik Rose
selalu buat teknik double cleansing. Korang tahu tak teknik ni? First, guna
pencuci – oil cleanser. Lepas tu baru pakai cleanser biasa. Korang akan rasa
perbezaannya tau, Kulit lebih lembut dan bersih!
Baru-baru ni, Althea
mengeluarkan produk baru iaitu Pore Purifying Serum Cleanser . Cik Rose dah cuba hampir dua minggu. Cik Rose
puas hati! Sebelum Cik Rose teruja nak ceritakan dengan lebih lanjut, baik Cik
Rose kenalkan dahulu apakah Pore Purofying Serum Cleanser ni.
Bahan-bahan yang terdapat dalam Pore Purifying Serum Cleanser ini adalah :
- Mint Leaf Extract - Menyejukkan dan
menenangkan kerengsaan pada kulit
- Jojoba Seed Oil - Memberikan kelembapan pada kulit
yang kering
- Tea Tree Leaf Extract - Membantu membersihkan
kulit kerana sifatnya yang antibakteria
Pore Purifying Serum Cleanser ini dapat
digunakan untuk menanggalkan kesan makeup, membuang minyak dan juga kotoran
pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit jadi kering. Wah best kan! Sekarang ni,
dah senang. Cik Rose guna Pore Purifying Serum Cleanser ni sahaja di office.
Tak perlu dah Cik Rose buat double cleansing.
Cleanser ini dapat membantu mengimbangi kadar
pH kulit sekaligus ia membantu menjadikan kulit kita lebih sihat. Cik Rose
sendiri rasai perubahan wajah Cik Rose.. Lebih bersih dan lembut. Dan yang
paling best, ia tak membuatkan wajah Cik Rose kering. Juga tak ada masalah
kulit lain yang timbul lepas gunakannya.
Teksturnya tidak cair
walaupun warna dia macam air (transparent), lebih kepada tekstur serum. Eh keliru pula.
Cleanser kah, serum kah? Haa best!
Korang bukan sahaja dapat menanggalkan
make up, ia juga membersih dan merawat kulit wajah!
Cara Guna Pore Purifying
Serum Cleanser Untuk Tanggalkan Makeup :
- Tuangkan
sedikit pada tapak tangan atau kapas muka
- Lakukan
urutan secara membulat pada seluruh wajah untuk tanggalkan makeup
- Kemudian,
cuci wajah menggunakan air bersih.
Cara Guna Pore Purifying
Serum Cleanser Untuk Mencuci Muka :
- Basahkan
wajah
- Tuangkan
sedikit pada pada tapak tangan dan sapu rata pada wajah
- Kemudian
urut perlahan secara membulat dalam beberapa saat dan bersihkan
menggunakan air.
Harganya hanya RM33 sebotol untuk saiz 150ml. Memang berbaloi. Cik Rose rasa tahan hingga dua bulan penggunaannya.
Untuk makluman lanjut dan juga untuk pembelian, korang boleh ke website Althea :
Untuk makluman lanjut dan juga untuk pembelian, korang boleh ke website Althea :
https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser
Menjadi idaman setiap wanita memiliki kulit yang sihat dan cantik kan :)
Menjadi idaman setiap wanita memiliki kulit yang sihat dan cantik kan :)
11 Comments
nice jugak harga pun ok je..... skrg ni akak pakai yg micellar water garnier je... boleh la try althea ni...
ReplyDeleteakak tak pernah try lg brg2 althea nih... mcm bst je
Wahh menarik ni serum siap boleh cleasing mekap up kita.. Nanti nak usha althea la hahaha
ReplyDeleteKita pakai cleanser serum ni tuk tgglkn makeup.. Senang keje.. Waterproof pon sng je nak tanggal..best2 kan brg althea
ReplyDeleteMenarik serum ni boleh menanggalkan kesan kotoran mekap up sambil.merawat muka..
ReplyDeleteBest sangat guna pore purifying serum cleanser ni. Mudah sangat nak cuci makeup yang degil tu
ReplyDeleteBest cleanser serun ni sbb 2in1..sbil remove makeup boleh cuci muka sekalii
ReplyDeleteZaza pun ada pakai ni.. Memang puas hati guna bila nak cuci makeup tu..memang tanggal
ReplyDeleteKita suka gila pakai ni masa nak tanggalkan makeup.. Memg makeup tanggal sepenuhnya.. Lepas tu bjat double clenasing.. Bersih sangat muka
ReplyDeleteWah, bestnya dapat rawat kulit wajah. Muka zira kadang bermasalah
ReplyDeleteI tried this also and like the finishing. Memang bagus and i nak beli lagi.
ReplyDeleteAkak memang suka pakai ni sebab tanggal semua mekap tau. Tak payah pakai mekap remover
ReplyDelete