Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

Tips Memilih Bedak Yang Sesuai Dengan Warna Kulit. Bedak (compact powder) merupakan salah satu barangan wajib yang dimiliki wanita. Wanita yang tak gemar  nak berdandan pun mesti akan ada satu compact powder. Betul ke tak uols?
Dengan memakai bedak, keyakinan kita akan meningkat kan. Bedak bukan hanya akan membuat kulit kita menjadi sedikit cerah,tetapi juga dapat menutupi noda-noda yang ada pada wajah. Kiranya, boleh coverlah apa-apa yang ada di wajah tu kan. 
Tapi, janganlah salah pilih pula. Buruk jadinya nanti. Lebih baik pilih bedak yang tidak mengubah tona wajah kita. Kalau korang pilih yang putih atau terlalu cerah, nanti nampak macam pkai topeng. Berbelang pula wajah dengan leher. No, no, no. 

Compact powder kesayangan Cik Rose. Nampak natural dan tahan lama di wajah. Tak mengubah tona wajah Cik Rose. Jenama MAC.

Ok, di sini Cik Rose akan kongsikan beberapa tips untuk memilih bedak/ compact powder yang sesuai dengan warna kulit. Biar berseri wajah kita, namun tidak akan merubah tona wajah.

Tips memilih bedak mengikut warna kulit :

Kuning langsat
Kebanyakan dari kita memiliki kulit warna kuning langsat. Malah, ramai teman-teman Cik Rose yang berkulit kuning langsat. Kalau korang memiliki warna kulit jenis kuning langsat, adalah sesuai jika korang memilih warna yang kekuningan atau yellow beige supaya nampak natural. Tak fake, orang kata.

Kulit sawo matang
Jika korang salah seorang yang memiliki kulit jenis sawo matang, pilihlah bedak yang seakan-akan warnanya atau sedikit gelap dari kulit asal. Jangan pilih yang lebih cerah tau. Nanti berbelang uols. Warna coklat, natural beige atau tropical beige akan membuatkan kulit korang lebih natural dan fresh. 

Kulit putih
Ramai yang berlumba-lumba nak wajah warna putih/ cerah. Katanya, senang nak sesuaikan dnegan banyak warna. Eh , tidak. Korang kena hato-hati dalam pemilihan warna bedak. Salah pilih, nanti pucat jadinya. Tona yang sesuai dengan kulit putih adalah natural beige dan white cream. Nanti wajah lebih bersinar.

Sebenarnya, janganlah terlalu obses untuk menjadikan kulit wajah putih. Ramai yang berlumba-lumba nak putih! Terima apa adanya. Setiap dari kita ni cantik tau, tak kira apa warna kulit kita. Asalkan wajah kita bersih dan sihat, itu dah cukup bagus. 

1 comment:

  1. betul tu cik rose. Saya sebenarnya lagi suka tengok orang yang kulit tak berapa putih tapi flawless dan jarang naik jerawat. kulit putih macam saya penuh parut sini sana bekas jerawat. Huhuhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.