DRAMA CUKUP DERITA ITU 2 DI TV3

DRAMA CUKUP DERITA ITU 2 DI TV3 (SINOPSIS PENUH)

Ramai yang menantikan kesinambungan drama Cukup Derita Itu musim kedua. Drama ini adalah sebuah karya Siti Rosmizah ditayangkan bermula 15 November 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri 40 episod ini terpaksa menghentikan siarannya ketika episod ke-20 pada 9 Jun lalu. 

Sebab apa tayangannya dihentikan? Penggambaran tidak dapat dijalankan kerana patuh dengan SOP MKN pada ketika itu, negara kita masih dalam fasa PPN(Pelan Pemulihan Negara).

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies Farehah) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani tidak keruan manakan bakal abang iparnya ingin menjadi suaminya pula.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

DOWNLOAD EPISOD PENUH DRAMA CUKUP DERITA ITU 2

SINOPSIS CUKUP DERITA ITU 2

llani (Ruhainies) telah bernikah dengan Zarul (Hisyam Hamid) walaupun Ellani tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki yang hampir menikahi kakak kembarnya, Ellana (Chacha Maembong). Sejak kecil, Ellani dan Ellana yang dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid) tidak menerima layanan yang sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Hanya Datin Mahani dan Salwa yang menjadi tempat Ellani menagih kasih sayang dan simpati. 

Konflik timbul apabila Zarul yang sepatutnya menikahi Ellana telah berubah hati akibat sebuah kemalangan. Zarul telah hilang ingatan sekaligus tidak mempunyai perasaan cinta terhadap Ellana. Malahan, Zarul hanya sayangkan Ellani dan memutuskan untuk mengahwini Ellani. Lantaran itu, Ellana meninggalkan Zarul untuk menyambung pelajaran di luar negara. Mak Ngah Gayah pula menjadi lumpuh selepas kemalangan itu. Ellana dan Mak Ngah Gayah berdendam dan berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani. 

Sikap dan kasih sayang Zarul akhirnya membuka hati Ellani untuk menyayangi lelaki yang sudah bergelar suami dalam hidupnya. Selepas Ellana kembali dari luar negara, dia mula bertindak untuk merampas semula Zarul dengan cara apa pun, hanya untuk memastikan Ellani terus menderita dalam hidupnya. Dalam pada masa yang sama, Amirul (Farhan Asri) kini mendapati dirinya sudah jatuh cinta kepada Ellani. Namun, dia tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Ellani kini sudah menjadi isteri abangnya. 

TONTON SIARAN LANGSUNG DRAMA CUKUP DERITA ITU 2 DI TV3

SENARAI PELAKON DAN WATAKDALAM CUKUP DERITA ITU 2

Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran

Ruhainies sebagai Ellani

Chacha Maembong sebagai Ellana

Lia Natalia sebagai Salwa

Didie Alias sebagai Mak Yek 

Dian P Ramlee sebagai Mak Long

Rosnah Johari sebagai Datin Mahani

Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis

Jasmin Hamid sebagai Mak Gayah

Sera Melissa sebagai Ayu

Mubarak Majid sebagai Mat Terup

Fahrin Ahmad sebagai Fariz

Farhan Asri sebagai Amirul 

JUDUL : CUKUP DERITA ITU MUSIM 2

EPISOD : 20

TARIKH : 15 November 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

RANGKAIAN : Samarinda TV3 / iQiyi

PENULIS SKRIP : Falriqz Naail, Zuyyin

PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah

PENGARAH : Along Kamaludin

PRODUKSI : SR One Sdn Bhd

LAGU TEMA (OST)

Cukup Derita Itu - Siti Nordiana

Pergilah Derita - Asfan Shah & Lia Aziz

LIRIK LAGU Cukup Derita Itu NYANYIAN SITI NORDIANA

Dalam nafas ini ku menanti cahya
Bawalah derita pergi untuk slamanya
Jiwa ini tersiksa, kalbu merintih lara
Di manakah bahgia? Tiada sinar cinta

Hati ini merintih, jiwa ini menangis
Mampukah ku bangkit jika itu takdir diriku?
Tiada daya buatku melawan suratan-Mu
Kerdilnya hidupku, cukup derita itu

Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu
Tak akan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku

Dalam nafas ini (nafas) ku menanti cahaya
Bawalah derita pergi untuk slamanya

Oh-uh-oh-oh, uh-uh-uh

Tiada daya buatku melawan suratan-Mu
Kerdilnya hidupku (hidupku), cukup derita itu

Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu
Takkan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku

Adakah ku pasrah? Adakah ku lemah?
Cukup derita itu (cukup derita itu)
Tak akan ku kalah, takkan ku lelah
Gapai bahagiaku

p.s: Cik Rose jarang menonton drama sekarang ni. Kekangan masa. Kalau dulu, Cik Rose sanggup menonton drama berepisod. Kalau tertinggal pun, akan tengok ulangannya di handphone. Sekarang, dah tak gigih macam dulu. Maklumlah sejak dah ada anak tiga ni. Hihihi. Anak kucing. :)
Masa tu terhad sekarang.

Ada yang mengikuti perjalanan drama ini? Macam mana, best tak? Cuba share dengan Cik Rose. Cik Rose ada baca beberapa komen di media sosial tentang perjalanan drama ini, pemilihan pelakonnya. Apapun, pendapat kita berbeza-beza, raikan sahaja. 

Ramai ke yang menantikan Episod Akhir Drama Cukup Derita Itu 2? Cik Rose tahu juga lah watak utamanya Lani dan Lana tu. hihi. Bagaimana pengakhiran hubungan Lani dan suaminya, Zarul? Adakah Zarul memilih Lana pada akhirnya? 

Selamat menonton!

Post a Comment

0 Comments