GUNA SAMPAI HABIS, MAKNANYA MEMANG BESTLAH BARANGAN TU

GUNA SAMPAI HABIS, MAKNANYA MEMANG BESTLAH BARANGAN TU. Assalamualaikum. Hai.. Pernah tak korang displin pakai barangan kecantikan korang sampai habis? Tak kiralah skincare atau make up. 

Ada yang memang displin pakai. Guna sampai habis. Ada yang jenis pakai kejap, tukar. Tak setia dengan suatu jenis. Mungkin kerana tak sesuai dengan diri kan.

Macam Cik Rose, susah nak setia dnegan satu jenis barangan tau. Selalu bertukar. Sebab tu, kalau ada suatu barang Cik Rose yang habis, maknanya memang baguslah tu. Cik Rose kekal gunakannya.

Tadaaa.. Antara barangan yang dah habis awal tahun ini. 


Shampoo dari Innisfree dan juga Real Fresh Skin Detoxer dari Althea Korea.

Shampoo green tea mint fresh dari Innisfree

Cik Rose baru je cuba shampoo green tea mint fresh dari Innisfree ni haritu. Dan Cik rose dapat rasakan perubahan pada rambut ke arah positif. Maksudnya, masalah dah berkurangan. Alhamdulillah. Dah habis. Sekarang, Cik Rose masih gunakan shampoo Innisfree, cuma tukar jenis lain pula. Nanti Cik Rose kongsikan ya.


Real Fresh Skin Detoxer dari Althea Korea.

Yang ni serius, memang elok dan berkesan pada wajah Cik Rose. Pakai yang Rose pada waktu pagi dan green tea waktu malam, sebelum tidur. Muka rasa fresh, bersih dan lembut. Korang kena cba tau. Sekarang dah pakai tiub yang kedua. Cik Rose pernah share kan tentang Real Fresh Skin Detoxer ni. Memang Cik Rose displin pakai. 

Boleh baca review Cik Rose sebelum ini :
REAL FRESH SKIN DETOXER


Ada juga beberapa barangan lain yang Cik Rose dah jatuh cinta dan setia pakai. Nanti bila dah habis, Cik Rose kongsikan lagi ya. Yang baik, harus dikongsi bersama gitu. hihi.


Nak beli di mana? Boleh terus ke website Althea  untuk pembelian : https://my.althea.kr/

Post a Comment

8 Comments

  1. wow..betul displin ni..kita kejap pakai kejap xpakai..haha

    ReplyDelete
  2. Wow. Rajinnya. Kadang I suka buka byk botol. Lepas tu jarang guna haha

    ReplyDelete
  3. Shampoo tu sama ada guna jugak.. Sedap pakai kan.. Bau mint.

    ReplyDelete
  4. Sama mcm wawa.. Dh abis guna dh yg detoxer.. De juga brg lain abis guna. Kdg2 xsmpt nk snap gmbr..sbb dh terbuang bksnya.haha

    ReplyDelete
  5. Ni budak boleh guna ke? Baunya Sedap tak

    ReplyDelete
  6. Ye, betul tu. Guna sampai habis maknanya memang best. Kita lagi sikit je tinggal. Kena restock dah tu

    ReplyDelete
  7. Skin detoxer tu mmg best.. Rasa segar je muka.. Brgg yang best mmeg akan pakai sampai hbais

    ReplyDelete
  8. The real fresh skin detox tu memang bagus, i love the rose one. However the green tea mint fresh syampoo i belum cuba lagi.

    ReplyDelete