IKAN CENCARU BAKAR SEDAP DI MAKAN DENGAN SAMBAL KICAP

IKAN CENCARU BAKAR SEDAP DI MAKAN DENGAN SAMBAL KICAP. Tajuk tak menahan. Hihi. Alkisahnya, nak bercerita tenang menu yang simple dan menaikkan selera. Kadang-kadang runsing memikirkan nak masak apa hari-hari kan. 

Cik Rose bukan jenis yang hari-hari masak. Ikut mood. Mood nak masak datang, memang masak. Kalau mood tak ada, memang tak masak. hikhik. Masak yang simple,  bolehlah. Bukan kategori yang terror masak. Kita anak bilis je wak. hikhik.



Cik Rose ni dulu tak berapa suka makan ikan cencaru. Jarang sangat nak beki dan makan. Tak tahu kenapa. Dulu, kalau mak buat goreng belah belakang ikan cencaru, baru makan. Sedap kan. Bila ada sambal dalam ikan tu. 

Tapi, sekarang ni lain jadinya. Cik Rose dah tersuka pula dengan ikan cencaru. Tu yang Cik Rose buat ikan cencaru bakar. Tapi, versi yang paling mudahlah. Janji sedap ditekak. 

Cicah pulak dengan kicap. Cuma hiris cili padi dan bawang besar je, letak kicap. Simpan kejap dalam peti ais. Nyum nyum. Sedap. 


Masak dua jenis je masa tu. Ikan cencaru bakar dan carrot. Buat goreng kunyit gitu jer. Campur bendi, bawang dan cili. 

Cik rose buat bakar tu, cuma letak kunyit, black paper dan paprika. Sedap tau! 



Lauk simple pun makan bertambah. Cuba bayangkan kalau lauk yang meriah. Oh tidak. hihi. 


10 comments:

  1. I love fish! Especially fresh ones. But frying fish can make the kitchen a bit oily

    ReplyDelete
  2. Lauk macam ni bahaya tau..buat bertambah makan...tapi ikan bagus untuk mereka yang diet termasuk carrot tu...

    ReplyDelete
  3. samalah kite cik rose oi... kadang akak boh garam n kunyit je ikan tu, klu rajin sikit balut ngn daun kunyit,... bagi bau dia lg menarik

    ReplyDelete
  4. Memang sedap ni ikan bakar.. Tapi jarang nak membuatnya..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makan panas panas dgn nasi panas dan sambal tu wajib pedas! Memang bertambah nasi dibuatnya.

    ReplyDelete
  6. Memang sedap ikan caru bakar cicah sambal kicap.. Nikmat tak terkata betul.. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. Oh yes! I agree. I also like sambal kicap sometimes ayam goreng or telur goreng with sambal kicap pun sedap.

    ReplyDelete
  8. Kalau malas masak, duduk sensorang takpe cikrose. Takde orang mara. Hihi
    Kita kalau ikan cencaru ni suka ikan sumbat je. Kalau mil buat bakar tak kena dengan tekak. Tak tahu napa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.