Wednesday, February 20, 2019

LIGA SUPER 2019 | CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER MALAYSIA SEHINGGA 18 FEBRUARI 2019

LIGA SUPER 2019 | CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER MALAYSIA SEHINGGA 18 FEBRUARI 2019

Assalamualaikum. Cik Rose sertakan carta kedudukan terkini bagi pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2019 sehingga 18 Februari 2019. 


Tahniah buat semua pasukan yang berjaya meningkatkan kedudukan dalam liga ini. Alhamdulillah, Kedah di tangga teratas. Moga terus maju jaya. 

Tengok bola ni kena ramai-ramai. Baru meriah, baru bersemangat. Kalau tengok sorang, jadi krik-krik pulak rasanya nak bersorak bagai. hihi. Cik Rose tengok di rumah jer. Agak lama tak menonton secara langsung di stadium. Rindunya! Stadium yang pernah masuk adalah Stadium Darul Aman (Kedah) dan Stadium Larkin (Johor). 

Bila tengok di stadium, yang bestnya bila part bersorak. Bergema satu stadium. Dengan lagu-lagu yang dinyanyikan. Naik semangat pemain di padang kan. 

Tapi, sekarang tak berapa nak meriah pula tengok. Banyak stadium dah tak penuh macam dulu. Mungkin prestasi sesebuah pasukan menjadi penyebabnya. Atau kekangan waktu dan juga kewangan orang yang pergi menonton. Ramai yang memilih tengok di rumah dan kedai mamak.

Di TV pula, hanya satu saluran sahaja yang menayangkan perlawanan iaitu TV9. Namun, Cik Rose tak tahu kriteria pemilihan untuk sesebuah perlawanan ditayangkan. Sebabnya, ada pasukan  yang sama ditayangkan. Emm, harapnya dipelbagaikan lagi pasukan yang dipilih untuk disiarkan secara langsung. Supaya tak nampak bias. 

Majulah Sukan Untuk Negara !

1 comment: