KOREAN DRAMA PRETTY UGLY | SINOPSIS DAN REVIEW

KOREAN DRAMA PRETTY UGLY | SINOPSIS DAN REVIEW. Assalamualaikum. Terjebak lagi dengan drama Korea. Kalau sebelum ni, Cik Rose habiskan menonton drama lakonan Jang Nara, kali ini Cik Rose tengok drama Pretty Ugly pula. Pelakonnya adalah Nam Goong Min, Minah, On Joo Wan and Seo Hyo Rim.

Alkisahnya mula tengok di saluran One HD di Astro. Ulangan sebenarnya. Tapi, kat tv kan lambat. Cik Rose sejenis yang tak sbar nak tunggu episod seterusnya pula. 

Apalagi, ambil jalan mudah, tengok online lah. Puas hati dapat tengok full episode. Hikhik.



Inilah hero utama. Memegang watak sebagai Ahn Dan-tae (Namkoong Min). Aduhai, Cik Rose suka perwatakannya dalam drama ni. 

Macam mana nak terangkan. Dia ni cool jer. Relax. Macho. Kelakar. Dengan gaya selipar, seluar traksuit dia sinsing. Sempoi jer. Sekali pakai pakaian suit ke pejabat, segak !



SINOPSIS DRAMA PRETTY UGLY

Gong Shim (Bang Minah) ni rasa sedih dengan kakaknya, Gong Mi (Seo Hyo-rim) kerana layanan orang sekelilingnya. Selalu membandingkan kecantikan kakak dia. . Gong Mi ni cantik, bekerja di firma undang-undang terkemuka. Manakala Gong Shim pula, wataknya dihambarkan sebagai hodoh dan pelik.Tidak berkerja.
Gong Shim memutuskan untuk menyewakan bilik di atas bumbung rumah mereka dengan harga $ 250 sebulan. Dia sewakan kepada Ahn Dan-tae (Namkoong Min), seorang peguam yang bekerja secara sukarela untuk mereka yang memerlukan.

Dari situ, bermulalah cerita watak Gong Shim dengan Ahn Dan Tae ni. Ada je perselisihan faham, tapi sebenarnya masing-masing saling menyukai. Alaaa sweet tau dorang.

Watak Joon Soo pun best. Anak orang kaya, tapi lagaknya bersahaja je. Baik dengan semua orang. Dia pun suka Gong Shim!

KEHILANGAN JOON PYO

Nenek Joon-soo bersedih atas kehilangan cucunya Joon Pyo. Nenek dia percaya yang Joon Pyo masih hidup. Dan tidak berputus asa nak cari cucu dia ni. Ahn Dan-tae ditugaskan untuk mencari Joon-pyo.

Ada banyak konfliklah dalam usaha pencarian Joon Pyo. Korang kenalah tengok.


Apa yang boleh Cik Rose ringkaskan, drama ni santai je, tak berat. Seronok layan. Di akhir-akhir episod ada konflik perasaanlah. Tak sangka Joon Soo sebenarnya baik dan tidak berkomplot dengan pakcik dia. 

Episod akhir tu sedihlah juga. Sebab ingatkan Ahn Dan Tae melupakan Gong Shim. Rupanya tidak. Ada salah faham jer. Yeayyy mereka bersama.


Best! Tak sia-sia marathon tengok tanpa skip sedikit pun. 


Lepas ni nak tengok drama apa pula yer. 

Post a Comment

1 Comments

  1. dah lama xlayan cerita korea. macam best je nak tengok drama ni.

    ReplyDelete