Wednesday, August 07, 2019

Sinopsis Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah & Ben Amir di Astro Ria

Drama Sweet Dreams (Astro) Mira Filzah & Ben Amir


Assalamualaikum. Drama baru di Astro Ria, lakonan MIra Filzah dan Ben Amir berjudul Sweet Dreams. Mesti ramai yang menunggu kan. Dengarnya ala-ala Korean Drama gitu. 

Cik Rose tengok gambar-gambar promo yang dikongsikan memang cantik. Macam best jer drama ni.

Cik Rose pun tak sabar nak tengok sebenarnya tau. (Untuk makluman ketika artikel ini di taip, sudah dua episod ditayangkan. )
Tapi, Cik Rose tak berkesempatan nak tengok lagi. 

Kenapa?

Sebab Cik Rose marathon tengok drama Korea Pretty Ugly. hihi.
Lagi satu, Cik Rose tengok video promo macam seram pulak dah. Mira Filzah muncul dalam mimpi Ben Amir dalamkeadan berdarah bagai. Hihi. Bukan penakut. Cuma, kenalah skip part mimpi tu nanti. hihi. 



Sinopsis Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah & Ben Amir di Astro Ria

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

Kredit : MY INFOTAIP



PELAKON : Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang


Ada yang suka juga drama ni? Mana peminat MIra Filzah dan Ben Amir?hihi.

No comments:

Post a Comment