PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP

PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP. Assalamualaikum. Selamat petang. Sana sini orang bererita tentang Bomboloni. Sedap sangat katanya. Tapi, Cik Rose tak pernah rasa. Hanya tengok di skrin telefon sahaja. Hahaha sedih bunyinya.

Minggu lepas, Cik Rose berpeluang rasa. Order dengan jiran satu blok. Rezeki namanya. Alhamdulillah. Oooo macam ni rasanya.



RASA BOMBOLONI INTI COKLAT

Macam mana rasanya? Tak pandai nak gambarkan. Ianya lembut, tapi jangan salah faham. Ianya bukan donut tau. Tak macam donut. Lain. Yang bertambah sedap kerana intinya. Cik Rose bayangkan kalau inti nutella lagi sedap agaknya. Maklumlah penggemar nutella. Nyum nyum.

Cik Rose beli dengan harga 1 biji RM1. Cik Rose beli 5, maka RM5 lah. hihi. Cik Rose tak tahu berapa harganya di pasaran. 

Rajin yang buat bomboloni ni kan. Cik Rose bayangkan macam susah je nak buat. Dah siap bomboloninya kena buat lubang pula sebab nak masukkan inti. Kena hati-hati, takut comot pula kan. Memamng penyabar orang yang membuatnya. hihi.


Selepas Cik Rose makan, ada lah Cik Rose google resepinya. Sajalah kan nak tengok macma mana rupanya. 

Jadinya, Cik Rose kongsikan di sini ya. Bukan resepi Cik Rose ya. 



RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP

Adunan utk 23-25biji (nak lebih sila gandakan adunan)

500gm Tepung gandum/ high protein
11gm yis mauripan (1 paket)
1/2 tsp baking powder
1 sudu makan marjerin
1 biji telur gred B
3 Tbs gula
2 Tbs susu tepung
Sedikit garam
1 cawan fresh milk
1/2 cawan air biasa

Cara-caranya :

1.Campur semua bahan sekali termasuk yis.
2. *Guna tangan uli 15-20 minit.
    * Guna mixer uli 10min. Uli hingga elastik.
3. Rehatkan adunan 30minit.
4. Buang angin kemudian bentukkan doh secara rounding
5.Biarkan adunan naik kembang 2x ganda lepastu dah boleh goreng.
6. Gaulkan donut yg dah digoreng tadi dengan snow sugar (blh cari dekat kedai bakery) kemudian susun macam dalam gambar.
7. Gunting2 bahagian tengah atas ke dalam jgn la sampai tembus pula ya.
8. Akhir sekali boleh la bubuh filling coklat.

SUMBER : resepi bomboloni


Menarikkan? Korang dah try ke? Senang ke susah ea nak buat? Macam nak cuba juga nanti. Harapnya menjadilah kan.


Post a Comment

12 Comments

  1. sedap memang sedap tapi bagi saya, cepat muak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh makan sekaligus. Hihi... makan sikit-sikit. Nyum nyum.

      Delete
  2. Waaa sedapnyaaa...pernah makan sekali, beli dengan kawan tapi yang stoberi..tengok yang cokelat ni sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sis Lin. Next, Ros nak try nutella :)

      Delete
  3. RM1 satu tu kira okay la tu cik ros. as long as sedap yummms

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah !! Sedap!! Memang puas hati... alhamdulillah.

      Delete
  4. sedapnya...sy suka jgk bombolini ni..pasar mlm dekat umah ada yg jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ade jual di pasar malam.. teringin boleh cari kanz

      Delete
  5. akak lagi kesian, tak pernah try hehehhe... ingatkan rasanya mcm donat kt big apple yg dlm nya ada coklat tu... lain yek? kene try jgkla ni nk tau camne rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti cuba kak. Tengok kena tak dengan tekak akak :)

      Delete
  6. Nice pos sis. Jemput singgah blog baru ema @ ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sukar nyer bombolini ni is time nak menggoreng.
    tak bebetul skill, memang makan minyak, dia kempis dll.
    aida surrender bombolini dan donut.
    buat roti manis jer, cikrose.

    ReplyDelete