RASAI DENGAN HATI KITA SENDIRI

Assalamualaikum.

Cik Rose kongsikan satu kata hikmah dengan korang hari ini. Ayatnya memberi kita semangat sendikit.

~ The most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart. ~


Betul kan?

Janganlah hanya kita melihat dari pandangan mata kasar sahaja. Sebaliknya cuba melihat dari mata hati.

Kita akan rasai perbezaannya. Kecantikan dalam konteks ini bukan dari aspek kecantikan luaran individu sahaja. Cuba lihat secara menyeluruh.

Kecantikan peribadi seseorang. Kecantikan sesebuah tempat. Dan lain-lain.

Kecantikan Peribadi

Bagaimana kita nak tahu orang tu cantik ke tidak? Cantik itu sendiri subjektif. Adakah jika memiliki wajah yang tampan dan menarik sahaja sudah cukup memuaskan korang? Lihatlah keperibadiannya juga. 

Kita mesti nak dikelilingi oleh orang yang baik. Sebelum mengimpikan perkara tersebut, kita dahulu kena lihat diri kita. Adakah kita mengamalkannya?

Baik dari segi apa? 
dari segi percakapannya dan perbuatanlah kan. 

Jaga diri, jaga emosi, jaga akhlak.

Walau dengan siapa pun kita berurusan, dengan siapapun kita berkawan, kita berjumpa, jagalah akhlak. Jagalah tutur kata.





Post a Comment

2 Comments

  1. sgt subjektif, kan.
    sukar nak dikatakan.
    ni yg dikatakan, kena ikut kata hati :) hi hi hi...

    ReplyDelete