Lirik Lagu Langkah Seiringan Nyanyian Mamat Exist

Assalamualaikum. Cik Rose ada tengok program Meletop malam tadi. Ada Mamat dan Ezad Dari Kumpulan Exist sebagai artis jemputan. Ada semua ahli Exist. Shah, Ajai, Musa, Ujang, Along, Ezad dan Mamat.

Mamat menyanyikan lagu Langkah Seiringan. Alahai, dah la lagu ni antara lagu kegemaran Cik Rose. Best tau. Cik Rose memang suka dengar Mamat nyanyi live. Gigihlah ulang dengar suaranya di youtube. Cari video-video lama beliau. 
Korang minat tak Exist? Exist akan mengadakan konsert pada 28 September ni di Stadium Melawati.  Mesti peminat mereka tak sabar kan. Cik Rose ni minat, tapi tak berpeluang nak ke konsert. 


Lirik Lagu Langkah Seiringan Nyanyian Mamat Exist
Di kala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat nan manis
Ketika bersama dahulu

Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dari ku
Wajahmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku
Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia
Di kala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat saat yang manis
Ketika bersama dahulu
Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia
Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandengan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
Semoga kita berdua berbahagia

Post a comment

4 Comments

  1. Salam kenal Cik Rose,
    Lagu-lagu Exist memang best dan menusuk kalbu dari vocalist mamat hingga ke Ezad semua lagu best.. Semoga konsert reunion mereka berjaya..

    ReplyDelete
  2. sedap lagu ini, mamat dengan ezad ni kalau nyanyi macam sama je dengan dulu-dulu, tetap sedap merdu lenggoknya. sedangkan lagu oh ibu yang mamat nyanyi tu pun kalau dengar boleh meleleh airmata... lagu ni teringat zaman muda remaja dulu

    ReplyDelete
  3. best lagu ni saya dengar baru baru ni kat youtube... done follow sini yang ke #1176 jemput singgah ke blog saya juga ye.. terima kasih

    ReplyDelete